RESEPI AYAM GORENG ALA KFC RANGUP DAN SEDAP

RESEPI AYAM GORENG ALA KFC RANGUP DAN SEDAP | Anak-anak paling suka makan ayam goreng. Terutamanya ayam goreng yang rangup macam yang mereka makan di restoran makanan segera KFC. 



Bukan selalu kita ada masa untuk bawa anak-anak makan di restoran. Kadang-kadang mereka minta tu di waktu yang tak sesuai. Dah tengah malam pun tiba2 bagitau nak makan ayam goreng. Kalau ada KFC yang buka 24 jam di kawasan kita, untung la. Tapi kalau tak ada, jenuh nak memujuk.

Tapi sekarang tak payah risau lagi sebab saya nak kongsikan resepi membuat ayam goreng rangup ala KFC. Kalau korang pandai menggunakan rempah ratus, mungkin ayam goreng korang lebih sedap dari ayam goreng KFC.

Untuk resepi ni saya menggunakan rempah ayam dan bahan ringkas sahaja. Sesuai untuk hidangan anak-anak kecil.



Kebanyakan resepi ayam goreng memerlukan kita untuk perap ayam selama beberapa jam. Tapi untuk resepi saya ni ,tak perlu perap ayam. Jadi resepi ni sesuai untuk mereka yang tak de masa nak duduk lama2 didapur. 

Resepi Ayam Goreng Rangup yang paling Mudah dan cepat disediakan.

Bahan-bahan

Minyak masak untuk menggoreng

5 -6 ketul ayam yang sudah dibersihkan.

1 sudu besar rempah ayam

1 sudu besar bawang putih yang sudah dikisar

 2 cawan tepung gandum

1 mangkuk air sejuk

Sedikit garam.



Cara penyediaan 

1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali. Pastikan minyak cukup sehingga ayam yang akan digoreng akan tenggelam.

2. Dalam bekas lain, masuk kan rempah ayam, bawang putih. Masuk kan sedikit garam. Kacau sebati.

3. Masuk kan ayam dalam bahan rempah. Gaul sampai semua ayam disaluti bahan rempah.

4. Dalam bekas lain masuk kan tepung gandum dan sedikit garam. Kemudian masuk kan ayam tadi. Salut satu-satu ayam dengan tepung yang kering.

5. Masuk kan semua ayam yang disalut tepung tadi perlahan-lahan didalam satu bekas berisi air sejuk. 

6. 5 minit kemudian toskan ayam. Lepas tu salut ayam dengan lebihan tepung gandum yang ada tadi. Salut satu² ayam hingga selesai. 

Semakin banyak tepung yang disalut akan menghasilkan kerak² ayam yang rangup.

7. Selepas semua selasai disalut tepung. Masuk kan satu demi satu ayam, perlahan-lahan kedalam minyak panas. 

Pastikan api perlahan . Selepas 10 minit boleh la diangkat dan ditoskan minyak nya. 

Sedia untuk dihidangkan..



Ayam juga boleh di goreng separuh masak kemudian diangkat dan ditoskan minyak. Kemudian simpan dalam peti sejuk untuk sejuk beku. 

Bila nak makan, boleh masuk kan saja dalam air fryer. Bakqr dengan Suhu 200° selama 20 minit. Ayam kekal rangup. Ayam di dalam sejuk beku boleh disimpan selama 2 minggu.

Selamt mencuba dan bagi yang dah cuba boleh tinggalkan pendapat korang diruangan komen.. 🥰🥰

Catat Ulasan

0 Ulasan