SINOPSIS DAN REVIEW : A BUSINESS PROPOSAL

SINOPSIS DAN REVIEW : A BUSINESS PROPOSAL - KDRAMA 2022 |Rating 7/10. Ini satu drama  komedi yang sangat best sekarang ni. Lakonan Anh Hyo Seop dan Kim se Jeong.  Memang kelakar sangat². 



Ni je drama Anh Hyo Seop yang aku suka. Drama lain dia belakon malas betul aku nak tengok. Dulu layan jugak la drama Dr. Romantic walaupun dia ada sebab dah tengok musim pertama rasa rugi pulak tak tengok yang musim kedua. 

Mujur yang ni best.. 

Kim Se Jeong macam biasa , sedap mata memandang bila tengok dia ni. Cukup kelakar dan cantik betul. Yang paling aku suka watak diaorang ni sama macam yang dalam webtoon

Aku rasa last aku gelak berdekah tak berenti tengok kdrama , cerita True Beauty..satu episod sampai 10 kali babak lucu buat tak kering gusi. 

Sama macam drama ni la. 

Percaya la, episod pertama je dah buat korang jatuh hati dengan drama ni.  Jalan cerita biasa je tapi babak² kelakar yang buat ramai suka drama ni. 


Sinopsis A Business Proposal

Kang Tae Mu terpaksa mencari calon isteri atas desakan datuknya. Kerana terpaksa dia perlu menemui Jin Young Seo, gadis  yang dipilih datuknya. Tapi Jin Young Seo meminta sahabat baiknya , Shim Ha Ri untuk menggantikan nya kerana dia tidak berminat untuk berkahwin. 

Shin Ha Ri mula menyamar sebagai Jin Young Seo dan memastikan Tae Mu tidak berminat untuk berkahwin dengan Jin Young Seo. 

Malangnya Tae mu yang dalam keadaan terdesak memutuskan untuk mengahwini Jin young Seo. 

Shin Ha Ri berasa risau kerana dia tidak boleh berkahwin dengan Tae Mu memandangkan dia bukan lah Jin Young Seo yang sebenar dan ditambah lagi  dia sebenarnya bekerja di syarikat milik Kang Tae Mu. 

Dapatkah Ha Ri terus mengelak agar identitinya tidak terdedah??

Pelakon 

Ahn Hyo-Seop - Kang Tae Mu

Kim Se-Jeong - Shin Ha Ri

Kim Min-Kyu - Cha Sung Hun

Seol In-A - Jin Young Seo

Lee Deok-Hwa - Kang Da Koo

Kim Hyun-Sook - Yeo Ui Joo

Kim Kwang-Kyu - Shin Joong Hae

Jung Young-Joo - Han Mi Mo

Choi Byung-Chan - Shin Ha Min

Song Won-Seok - Lee Min Woo

Woo Hee - Go Yoo Ra

Catat Ulasan

0 Ulasan