RESEPI KERABU MANGGA PALING SEDAP TAPI SIMPLE

RESEPI KERABU MANGGA PALING SEDAP | Saya memang suka makan mangga muda. Makan dengan kuah rojak pun suka, makan mentah cicah dengan garam pun suka. Apa lagi kalau buat kerabu mangga. Memang makan nasi bertambah-tambah. 


Ada banyak cara nak buat kerabu mangga. Terserah kita nak letak apa dalam kerabu kita tu. Yang penting bahan-bahan yang kita masuk kan tu mestilah boleh dimakan tanpa dimasak. 

Kalau nak letak ikan bilis atau udang kering pastikan digoreng dahulu. Mudah saja. Kalau sayuran yang tak boleh dimakan mentah, kita boleh rebus dulu. Baru lah kita masuk kan dalam kerabu kita. 

Kerabu mangga paling sedap

Untuk hari ni saya nak kongsikan resepi kerabu mangga yang sangat simple tapi sangat sedap. Ambik masa 5 minit saja untuk siapkan kerabu mangga muda yang sedap ni. 

Bahan-bahan

1 biji mangga muda saiz besar

1 biji bawang besar

2 biji cili padi

1sudu besar sos ikan

1 tangkai daun ketumbar

1 sudu besar kacang tanah

1/2 biji tomato merah

Sedikit garam.



Cara buat kerabu mangga yang simple

1. Sagat atau potong mangga halus-halus. Saya suka kerabu mangga yang kasar. Jadi saya tak sagat. Cuma potong dengan pisau.

2. Potong halus2 cili padi, daun ketumbar, bawang besar dan tomato. Campurkan kedalam mangga tadi.

3. Masuk kan sos ikan, garam . Gaul sebati.

4..taburkan kacang tanah yang sudah di sangai dan ditumbuk kasar.

Sedia untuk dihidangkan. 


Korang juga boleh campurkan ikan bilis yang sudah digoreng dan kemudian ditumbuk halus jika suka. 

Jika suka dengan resepi ini sila tinggalkan komen diruangan bawah..

Selamat mencuba.

Catat Ulasan

0 Ulasan