TAK PAYAH SEWA HOTEL. TREND PACAK KHEMAH DI GENTING HIGHLANDS

TAK PAYAH SEWA HOTEL: TREND PACAK KHEMAH DI GENTING HIGHLANDS | Sejak kebenaran merentas negeri diumumkan ramai yang mengambil peluang untuk bercuti. Salah satu tempat yang menjadi tumpuan ramai adalah Genting Highlands.

Banyak cerita-cerita tentang percutian di Genting Highlands yang membuatkan lebih ramai orang ingin mengunjungi tempat percutian popular tersebut. Namun mungkin disebabkan bajet yang tidak seberapa ada pengunjung yang menggunakan alternatif lain agar dapat menjimatkan wang.



Sekarang ini di tik tok sedang trend orang ke Genting Highlands tak payah sewa hotel. Cuma dirikan sahaja khemah di parking lot atau pun di sebelah stesyen minyak. Bagi mereka ini cara untuk jimat berbanding perlu menyewa hotel.



Tindakan pengunjung--pengunjung tersebut mengundang kritikan netizen kerana merasakan ianya tidak sepatutnya dilakukan. Bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah soal keselamatan juga dipertikaikan karana parking lot adalah tempat laluan kenderaaan malah  ada yang melakukan aktiviti memasak disitu .



Memandangkan Genting Highland adalah semua tempat percutian yang dikunjungi pelancong luar dan dalam negara, keadan seperti itu mungkin akan membuatkan ada pengunjung yang tidak selesa. Soal kebersihan juga menjadi sebab mengapa pengunjung tidak sepatutnya mendirikan khemah di kawasan-kawan yang tidak sepatutnya.



Khemah -khemah yang didirikan diatas parking lot juga boleh menyebabkan ada pemandu tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut. Walaupun khemah-khemah didirikan hanya pada waktu malam tapi ianya sesuatu yang tidak beretika.


Mungkin dimasa sekarang masih ramai yang tidak berbuat demikian. Tapi apabila terlalu banyak video viral yang menunjuk kan pengunjung mendirikan khemah di tempat tidak sepatutnya, kemungkinan besar cara ini akan dilakukan oleh pengunjung lain. 


Semoga perkara ini mendapat perhatian pihak berkuasa dan orang ramai lebih peka dengan perkara ini. 



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. kalau belum mampu ...boleh melancong ke tempat yang lebih murah.

    kalau nak berkhemah sekalipun boleh berada di tepi pantai atau sungai

    BalasPadam