REVIEW : 3W CLINIC INTENSIVE UV SUNBLOCK CREAM SPF50 TAK MELEKIT DAN TANPA ALKOHOL

 REVIEW : 3W CLINIC INTENSIVE UV SUNBLOCK CREAM SPF50 .  | Sunblock sangat penting untuk perlindungan kulit wajah kita. Eceh.. Ayat mula tu. :p.  Tapi betul la, jangan pandang ringan dengan kepentingan sunblock. Lagi-lagi kalau kita sejenis kerap keluar rumah. Yang sejenis betul-betul jaga kulit, dalam rumah pun pakai sunblock tau.



Tapi saya ni pakai bila nak keluar je. Agaknya sebab tu cantik saya ni 70% je. Haha


Sunblock tak melekit dan muka tidak berminyak

Baru-baru ni terbaca pasal sunblock best kat twitter dan ramai yang cadangkan untuk guna 3W Clinic SUNBLOCK. Bila masing-masing review kata best, mula la kita pun nak try jugak. So sekarang sunblock yang di order dah ada dalam tangan.  Setakat hari ni tak de gatal-gatal ke, muka merah ke.

Ada la satu sunscreen  saya pakai dulu, sekali pakai muka jadi gatal. Masuk hari ke 3 muka jadi merah- merah. Terus stop. Tak payah la bagitau brand apa. Minta korang berhati-hati je la kalau nak beli skincare ni. Jangan beli sebarangan. Tengok sesuai ke tidak dengan kulit.



Sambung balik cerita pasal sunblock baru kita ni. Produk ni ada 3 jenis sunblock. Collagen Sunscreen, intensive sunblock dan natural vita moist suncream. Tapi untuk kulit saya yang tua ni saya pilih intensive UV sunblock sebab ianya untuk dry skin, combination skin and soft finish.

Harga dia tak mahal pun. Dalam rm10 - rm20  sahaja. Murah kan?? Nak pakai hari-hari pun tak pe. Tak risau poket jadi nipis.. Produk keluaran Korea.

Cara betul pakai sunblock

Bagi adik-adik yang nak mula pakai sunscreen, aturan pakai sunscreen : Cleanser --- Moisturizer, sunblock. Tu basic dia la.

Macam makcik yang dah tua ni , kami pakai macam ni basic dia: Cleanser --- toner--- serum---moisturizer ---- sunblock

Giteeewwww!!



Bahan asas dalam sunblock ni ialah Aloe Barbadensis ,orang Perak kata Aloe Vera.  Ekstrak ginseng merah dan mulberry root. Semua ni sangat bagus la untuk kulit kita. 

Sunblock ni juga kekalkan kelembapan kulit tua saya ni la. Tak de rasa kering, tak de rasa melekit dan yang penting muka memang tak berkilat la. Dia cepat meresap dalam kulit dan matte finishing kat dak2 twitter. 

Sunblock ni juga no alcohol ye. Sangat mudah nk diratakan sambil jalan masuk ke kereta pun boleh pakai ,punya senang nya. Lepas apply rasa ringan saja. Kalau korang muka tengah breakout pun bagus pakai sunblock ni sebab bahan asas dia air.


Kalau ikutkan perkiraan  cara saya picit sunblock ni, rasanya satu tiub ni boleh tahan dalam 3 bulan. Tapi kalau korang sejenis suka picit macam geram kat makcik jual mee kari tak letak telur, sebulan  dua dah boleh habis.  Tapi ok la, murah kan…

Ok.. tu je la nak cerita. Kalau nak beli google je la. Bersepah benda ni orang jual. Tapi hati-hati sebab ada fake product . Biasala, orang Malaysia ni , kreatif lain macam. 

 

bye.

Post a Comment

0 Comments