DOA SAKIT KEPALA DAN MIGRAIN YANG KUAT

DOA SAKIT KEPALA DAN MIGRAIN YANG KUAT | Sehari dua ni rasa sakit kepala yang terlalu kuat. Rasa sampai nak muntah dan demam. mungkin sebab saya sedang mengubah pola makan saya. kurang minum air jugak boleh menjadi punca sakit kepala dan migrain.



Sakit Kepala

Sakit kepala juga adalah penyebab daripada tekanan dan keletihan serta kekurangan zat dalam badan. Rasa sakit kepala sukar untuk dikawal apalagi datangnya tidak mengira masa. Malah ianya menyebabkan seseorang tidak berselera untuk makan dan melakukan ap-apa selain tidur dan berehat.

Terdapat senaman yang sesuai diamalkan ketika mengalami sakit kepala dn migrain. Antaranya melakukan gerakan yoga. Jika sakit kepala masih berterusan,  baring dalam posisi yang anda selesa. Pejam mata dan tarik nafas yang panjang.

Bermula dengan dahi, tegangkan semua otot ke sesuatu tempat untuk 5 saat.

Mengendurkan otot tersebut dan biarkan 5 saat untuk merasakan kelegaan tersebut.

Seterusnya, beralih kepada otot-otot yang lain pula, antara otot yang anda boleh lakukan adalah: dahi, mata, hidung, mulut/pipi, tangan, bahu, belakang badan, perut, pinggan, punggung, paha dan kaki,

Gerakan diatas memerlukan sedikit kemahiran mengawal otot di wajah.

Doa Ketika Sakit Kepala /Migrain

Anda juga boleh mengamalkan beberapa doakan yang sesuai dibaca ketika mengakami sakit kepala yang berterusan.






Jenis-Jenis Sakit Kepala

Terdapat lebih 150 jenis sakit kepala yang berbeza karektor, punca dan rawatan. 4 jenis sakit kepala ini adalah antara yang paling biasa berlaku.

Bila anda perlu jumpa doktor untuk rawatan segera untuk masalah sakit kepala?

✔️ Sakit kepala secara mengejut dan sangat sakit
✔️ Kanak kanak sering mengadu sakit kepala
✔️ Sakit kepala dengan gangguan penglihatan, keliru, hilang keimbangan tubuh dan pertuturan.
✔️ Sakit kepala dengan rasa kebas dan lemah
✔️ Sakit kepala dengan deman, sawan atau pengsan
✔️ Sakit kepala dengan tegang di tengkuk dan ruam - Public Health Malaysia.

Semoga dengan perkongsian doa sakit kepala ini dapat mengurangkan kesakitan yang dialami. 

Post a Comment

0 Comments