DOA-DOA TERBAIK YANG BOLEH DIBACA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN DAN UJIAN BESAR

DOA-DOA TERBAIK YANG BOLEH DIBACA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN DAN UJIAN BESAR | Setiap pelajar mesti akan menghadapi peperikaan , sama ada peperiksaan penting ataupun ujian bulanan. Setiap peperiksaan akan menunjukkan penanda aras seorang pelajar sepanjang tempoh pembelajaran nya. 





Untuk menghadapi peperiksaan , pelajar perlu rajin belajar dan membuat ulangkaji agar segala yang dipelajari mudah diingat dan mudah untuk pelajar menjawab soalan yang diberikan dalam peperiksaan yang dihadapi. Sebagi orang islam , selain usaha, doa juga penting untuk memohon pertolongan Allah agar kita diberikan kemudahan untuk mengingati apa yang sudah kita pelajari.


Antara doa-doa terbaik yang boleh dibaca untuk menghadapi peperiksaan :


  1. Doa menghadapi peperiksaan


اللَّهُمَّ آتِنَا في الدُّنْيَا حَسَنَةً ، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


 : Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari azab Neraka.




  1. Doa yang dibaca sebelum peperiksaan


اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً


: “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya.”



  1. Doa untuk memudahkan menjawab peperiksaan


رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِاْلحَقِّ وَاَنْتَ خَيْرُ اْلفَاتِحِيْنَ



: Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum dengan benar. Engkaulah pemberi keputusan terbaik



  1. Doa agar dipermudahkan untuk menjawab soalan


اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اسْتَوْدَعْتُكَ جَمِيْعَ مَا قَرَأْتُهُ فَارْدُدْهُ اِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ اِلَيْهِ


: "Ya Allah, sesungguhnya hamba menitipkan semua apa (pelajaran) yang telah hamba baca dan mohon kembalikan kepada hamba pada saat hamba memerlukan nya."



  1. Doa Nabi Isa


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي, وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي, وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي, يَفْقَهُوا قَوْلِي


: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.”



  1.  Doa menambah ilmu pengetahuan dan mudah belajar


رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا


: “Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.” 



Sebelum menghadapi peperiksaaan pelajar juga perlu mempunyai rehat yang cukup, menjaga kesihatan, mengambil makanan berzat, dan menjaga keselamatan diri. Selain itu pelajar juga jangan beriadah berlebihan dan sentiasa berfikiran positif. 


Bayangkan jugaa wajah gembira ibu dan ayah jika pelajar berjaya mendapat keputusan yang baik dalam pepriksaan. Ini semua akan membantu pelajar untuk kekal bersemangat dalam menghadapi peperiksaan,


/>

Catat Ulasan

0 Ulasan