SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM UNTUK KURANGKAN DAGU BERLAPIS SEPANTAS 15 MINIT

SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM UNTUK KURANGKAN DAGU BERLAPIS SEPANTAS 15 MINIT | Dalam seminggu, dua hari saya akan bawa anak saya pergi training bola di MEC. Walaupun menunggu 2 jam di bawah bumbung tapi terasa juga panas matahari terkena kulit. 2 Jam tu lama juga tau Jadi risau bila kulit dah berusia tua ni terdedah dengan matahari.Tapi nak buat macam mana. Tunggu jugak la. Tak payah risau sangat la. Safi kan ada.. 

 


Ini lah safi yang dimaksudkan. Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo serum yang dikatakan mampu meremajakan kulit. Bila saya baca kelebihan-kelebihan menggunakan serum ni , terus rasa tertarik nak mencubanya. Bukan saja packaging yang sedap mata memandang tapi cubaan pertama menggunakan serum ini buat saya rasa jatuh cinta pulak .

 

Rangkaian baharu antipenuaan dan menganjal Safi Youth Gold dengan formulasi dipertingkatkan dari Safi Rania Gold

 

Sebelum saya kongsikan cara betul menggunakan serum, saya nak cerita tentang kelebihan menggunakan Serum Duo Safi ni.

 

      - Membantu kurangkan 50 % dagu berlapis sepantas 15 minit sahaja.

Saya lakukan sedikit urutan  sebelum menggunakan serum ini agar proses tindak balas serum pada kulit lebih berkesan.

 

      - Diformulasi dengan teknologi Golden D-Lift iaitu vitamin C yang diperkuatkan dengan nano Emas 24k agar lebih berkesan.

 

Kalau diperhatikan pada Lifting 24k Serum cleanser ni ada emas didalamnya yang dikatakan mampu merawat wajah. Rawatan dengan menggunakan emas sebenarnya boleh memperbaiki keadaan kulit seperti masalah kulit kusam, menghilangkan bintik hitam di wajah, menghaluskan kulit , dan melembabkan kulit serta memperbaiki kolagen.

 

So sambil2 cuci muka tu, urut lama-lama sikit wajah kita ni.

 

     - Ringan dan cepat menyerap

Keutamaan wanita dalam memilih skincare ialah, cepat menyerap. Tak mahu skincare yang meninggalkan rasa lekit pada kulit terlalu lama. Ini kerana ianya membuatkan rasa tidak selesa.

 

     - Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3 untuk 7 dimensi pembaharuan keremajaan kulit yang menegangkan kulit , meningkatkan keanjalan , melindungi kulit dari pengoksidaan , meningkatkan kehalusan kulit dan memperbaiki kulit rosak.


 

Golden C ni fungsinya ialah sebagai  antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.

 

Manakala Ceramide 3 pula berfungsi menguatkan lapisan kulit untuk mengunci kelembapan , menghaluskan tekstur kulit dan meningkatkan seri wajah.

 

Jadi ada keseimbangan pada keseluruhan kulit wajah dan leher kita.Tapi sebenarnya yang paling menarik hati saya tentang Serum Safi ni ialah menganjal dan mengurangkan dagu berlapis untuk wajah tampil lebih anjal, runcing & tirus. 

 

Tak sabar nak kurangkan geleber-geleber ni. Mujur la kita ni pakai tudung, bila keluar boleh juga tutup sikit bahagian leher yang terlebih nih. .Lagipun dia ada UV protection. Memang sesuai sangat la untuk saya yang kerap terdedah kulit pada matahari ni.

 

Nak cantik macam Mira Filzah tu tak mungkin lah tapi nak kulit cantik macam Mira Filzah tu mungkin boleh. Yakin Boleh!!! Hahaha.

 

Cara menggunakan SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM .

 

Ok, sekarang saya nak tunjuk cara betul menggunakan Serum Duo ni. Selalunya kita pakai serum sejenis je. Tapi kali ni dua jenis serum. Serum Cleanser kita guna untuk mencuci wajah. Dan Duo serum kita pakai selepas mencuci wajah.

 




Ada jugak yang risau, Boleh ke pakai 2 serum sekali gus? Boleh je asalkan korang tahu apa bahan-bahan didalam nya tu dan apa kegunaanya,sebab kandungan dalam setiap serum ada bahan aktifnya yang tersendiri. Safi dah memudahkan kita dengan mengeluarkan set  SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM ni. Tak payah risau dah nak guna..

Langkah Penggunaan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum.

1-   1Basahkan wajah dan leher. Picit Lifting 24k Serum cleanser pada tapak tangan dan urut pada wajah dan leher.

2-   2Apply toner

3-   3Drop 2-3 titik Lifting Golden C Duo Serum pada kulit wajah dan leher.Urut perlahan-lahan

4-   4- Apply moisturiser.

 

Dah siap…..Senang kan??

 




Saya siap rekomen pada kakak-kakak saya untuk guna serum ni. Lebih seminggu dah menggunakan serum ni, sangat-sangat puas hati. Bukan senang kulit yang usia 40 macam saya nak dapatkan produk yang sesuai. Yang penting, disiplin..

Kalau korang berminat boleh dapatkan di Watsons, Guardian  dan pasaraya terdekat. Senang sangat nak dapatkan produk ni, Kat mana-mana pun ada jual.

 

Harga Lifting Golden C Duo Serum – RM59.00

Harga Lifting 24K Serum Cleanser – RM19.80


Untuk maklumat lanjut, berkenaan SAFI Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum ini, boleh ke laman web dibawah :

 

Instagram - @safimalaysia

Facebook - @SAFI.My

Twitter - @SAFImalaysia

Youtube – SAFI Malaysia

 

 

/>

Post a Comment

0 Comments