RESEPI BROWNIES KEDUT YANG PALING SEDAP DAN MUDAH

 .


gambar semalam potong lepas sejuk..


RESEPI BROWNIES KEDUT YANG PALING SEDAP DAN MUDAHAssalamualaikum. Dah lama tak kongsi apa2 resepi kat blog ni..sejak saya batuk teruk tu memang hilang mood nak main masak2 tau.Lagipun selera pun tak de bercampur pulak dengan malas nya.Tapi semalam Mikhail kata macam ni..'"Aim.jom la makan kuih .." terus dalam hati kata ..pandai2 je budak ni mengajak orang makan kuih..tak buat nanti budak Ain tu tertunggu2 pulak betul ke idak nak ngajak makan kuih ni..jadi dengan berat badan nya saya pun kedapur la tengok apa la yang ada .Last2 kita buat brownies je la memandangkan resepi nya dah lama saya simpan.Masak pun tak lama, buat pun senang.

sakit mata tengok gambar kelabu gini..ni gambar ambik hari ni..kedut atas tu hilang ada penceroboh telah menceroboh brownies ini..hahahh

Brownies Kedut Mesti Jadi Yang sangat senang


Mula-mla saya agak je buat brownies ni senang berdasarkan resepi yang saya ada tu.Bila dah try buat..alah..memang senang je rupanya. susah buat kek lagi kot sebab kek kena keluarkan pengadun kek tu. tapi brownies kacau dengan senduk je.Saya tak de apa2 tips untuk buat brownies ni.kalau ada mungkin brownies saya lebih cantik.Tapi yang ni pun saya rasa dah cukup cantik kejadian nya dan anak2 pun suka.



Jom saya kongsikan brownies coklat kedut yang sedap , simple dan mudah ni.

bahan-bahan:

100g tepung gandung
30 g serbuk coklat
1sudu kecil baking powder

150g mentega
250g coklat compound

100g gula kastor
100g gula perang
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara nya

1-Cairkan mentega dan coklat compound dengan menggunakan kaedah double boiler.-
kemudian ketepi kan.

2-Ayak tepung gandung , baking powder dan serbuk coklat. - ketepikan.

3- dalam bekas lain satu kan gula kastor , gula perang , telur dan esen vanila.kacau hingga sebati.kacau guna senduk kayu sahaja.Jangan kacau terlalu lama.



4- kemudian msuk kan tepung yang diayak tadi bergilir2 dengan coklat yang sudah dicair kan.masuk kan sedikit demi sedikit dan kacau. Buat sampai habis dan jangan kacau terlalu lama.

5- Masuk kan dalam loyang.Untuk adunan ni guna loyang 10 x 10 ..Lapik loyang dengan baking paper sebab nanti senang nak keluarkan dari loyang..

6-Bakar dengan suhu 170 .selama 30-40 minit..saya bakar 40 minit..

7- Cucuk dengan lidi kalau nak tahu dah masak ke belum.Selalunya  kalau kita cucuk tu tetap ada kesan adunan  melekat kat lidi.tapi bukan adunan cair .Biasanya 30-40 minit tu brownies memang dah masak.

8-sejuk kan dulu sebelum potong.Jangan masuk kan dalam peti sejuk.



Cuba lah ye..sebab senang je.Kalau tengok orang jual harga nya bukan main mahal.sebab coklat yang digunakan tu coklat berkualiti.Bukan macam buat kek..kek biasa nya lebih tepung tapi brownies pulak lebih coklat.Bukan coklat timbang2 ni tau..kena paham jugak kenapa harga nya mahal..Lepas ni cuba buat mana tau boleh jual..kan??

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan