RESEPI KUIH LOPES SEDAP DAN MUDAH

 RESEPI KUIH LOPES PALING SEDAP DAN MUDAH |  Assalamualaikum...


pagi2 dah keluar entry resepi..
saje je nak menguji sejauh mana tahap kekenyangan kawan2 ..
kalau masih terliur sah2 la sarapan pagi tadi tu masih belum cukup..
maka kena la diisi dengan sebiji kuih lopes yang sedap dan mudah je nak membuat nya nih..
Nak buat jugak ke??resepi saya ni mudah je..
ikut kemampuan sendiri je nak membuatnya..Jom tengok resepi kuih lopes mudah dan sedap



2 cawan Beras pulut 
(cawan periuk nasi  elektrik tu ye..)
1 cawan santan pekat + 1/2 cawan air
garam
kelapa parut
pewarna hijau
daun pandai kalau suka la..
saya tak suka bau pandan jadi tak letak pun.\
2 sudu besar Gula merah 
1 cawan air


cara-caranya membuat kuih Lopes paling sedap..
 basuh beras pulut kemudian rendam dengan air .titik kan pewarna hijau..
rendam selama setengah jam-1 jam lepas tu tos kan..


1-masuk kan beras pulut dalam loyang.Masuk kan sedikit garam ke dalam santan  lepas tu 
bubuh dalam beras pulut tadi.Kukus selama 20 minit.saya guna periuk nasik je untuk kukus.lebih cepat.tak payah panaskan periuk pun.kalau awak guna pengukus atas dapur tu panas kan dulu pengukus sebelum masak.yang nak letak daun pandan boleh masuk kan sehelai daun pandan dalam beras pulut sebelum di kukus.

2-Bila pulut dah masak sejuk kan .Bila dah suam2 tu balut dalam daun pisang.saya tak balut dalam daun pisang sebab tak de daun pisang.saya guna kertas bungkus makanan ni je.gulung kan lepas tu ikat dengan getah hujung nya..



Sejuk kan..saya letak dalam peti sejuk je sebab suka kuih ni sejuk2..
sementara tunggu sejuk boleh la buat air gula.


cara buat air gula Kuih Lopes


masuk kan gula merah  dan air dalam periuk dan masak sampai mendidih.jangan sampai kering pulak .lepas tu angkat dan sejuk kan.
boleh masuk kan daun pandan kalau nak bagi air gula ni wangi ..

cara nak hidangkan dia..
 Buka daun pisang yang ada pulut tadi..
lepas tu potong2 la ikut tebal mana awak suka..
jangan potong guna pisau..tak cantik..
guna benang je ..lebih mudah..

Bila dah potong tabur2 kan kelapa parut yang dah digaul dengan sedikit garam
ke atas pulut kasi lekat2 kelapa parut tu bagi kena pulut ye..
letak dalam pinggan ..siram dengan air gula tu..siram 1-2 sudu dah la..
lepas tu makan..sedappppp!!heheheh

 Nampak macam susah tapi senang sangat...pejam mata pun boleh buat..
selamat mencuba...

/>

Post a Comment

0 Comments