CARA MUDAH UNTUK MENGHILANGKAN BAU DAGING KAMBING




CARA MUDAH UNTUK MENGHILANGKAN BAU DAGING KAMBING | Suami saya sangat suka makan daging kambing. kalau ke pasar tu mesti nak jugak cari daging kambing. Tapi saya ni tak boleh sangat makan daging kambing banyak2. Nak dekat raya korban ni mesti ramai yang  memilih kambing untuk dijadikan  korban..kan??

Ada orang tak boleh makan sebab katanya daging kambing bau nya kuat sangat. Ada yang sampai pening kepala bila terbau daging kambing.ebenarnya ada beberapa cara untuk menghilangkan bau daging kambing . saya kongsikan di sini beberapa bahan dan cara lengkap menghilangkan bau daging untuk rujukan semua


1-cara penyembelihan



cara penyembelihan memberi kesan kepada bau kambing.Jika betul cara penyembelihan dan daging di gantung dengan baik bau pada daging kambing akan berkurangan .Jadi pastikan penyembelihan dilakukan oleh mereka yang berpengalaman.

2-Kacang hijau


Rebus 1 kg daging dengan segengam kacang hijau boleh menghilangkan bau kambing.Rebus selama 10 minit dan kemudian boleh la gunakan daging tersebut untuk apa juga masakan.

3-Tebu


Rebus 200g tebu bersama 1kg daging kambing selama 30 minit.

4-Lobak


Rebus lobak bersama daging kambing.Boleh jugak menjadikan lobak sebagai salah satu bahan dalam masakan yang menggunakan daging kambing.bau kambing akan berkurangan malah ianya lebih sedap.

5-rempah kari


kari kambing memang lazat.malahan ramuan rempah kari tersebut sudah cukup untuk menghilang kan hanyir yang terdapat pada kambing.

6-cuka


Ada jugak yang menggunakan Cuka,perahan limau nipis, daun jambu batu atau arang untuk menghilangkan bau kambing..bahan2 ini digunakan untuk merebus daging kambing..

semoga bermanfaat dan selamat mencuba..


/>

Post a Comment

0 Comments