KDRAMA : TIMES

KDRAMA : TIMES | Drama aksi dan thriller arahan pengarah Yoon Jong Ho ini disiarkan pada 20 February 2021 dengan 12 episod. Drama ini dibintangi oleh pelakon Lee Seo Jin dan Lee Joo Young. Drama yang menfokuskan pada misteri politik ini mendapat perhatian ramai apabila dikatakan sebagai drama yang mempunyai sedikit persamaan dengan filem call. Tapi rata-rata yang sudah menonton menyangkal dakwaan tersebut.



Sinopsis Times

Times mengisahkan seorang wartawan yang juga anak kepada calon president Korea Selatan, cuba mengubah takdir ayahnya yang dibunuh. 

Seo Jung In seorang wartawan yang sangat dedikasi terhadap kerjayanya. Ayahnya yang juga seorang bekas wartawan menjadikan Seo Jung In tekad untuk menjadi wartawan yang baik.

Dalam masa yang sama ,ayahnya terlibat dalam politik dan menjadi calon president Korea. Satu hari Seo Jung In tersedar dan mengalami satu perasaan aneh apabila dia menyedari keadaan sekeliling nya berubah. 

Apa yang mengejutkan ialah ayahnya juga dikatakan sudah meninggal dunia 5 tahun yang lalu.Sukar menerima keadaan tersebut, Seo Jung In cuba mencari jawapan . Satu panggilan telefon dari seorang wartawan , Lee Jin Woo mengubah segalanya.



Lee Jin Woo seorang wartawan yang fokus terhadap kerjayanya.Dia mengatur perjumpaan dengan Seo Jung In untuk satu temubual. Namun tanpa dia sedari penggilan telefon yang dibuat menghubungkan nya dengan Seo Jung In di tahun 2020. 

Lee Jin Woo yang ketika itu masih berada di tahun 2015, mula bersetuju untuk membantu Seo Jung In mengubah takdir Seo Gi Tae yang mati dibunuh setelah mengetahui yang dia juga akan mati dibunuh.

Pelakon

Lee Seo-Jin - Lee Jin-Woo

Lee Joo-Young - Seo Jung-In

Kim Young-Chul - Seo Ki-Tae

Moon Jeong-Hee - Kim Young-Joo

Song Young-Chang - Baek Kyu-Min

Kim In-Kwon - Do Young-Jae

Yu Seong-Ju - Nam Sung-Beom

Shim Hyung-Tak - Han Do-Kyung

Moon Ji-In - Myung Soo-Kyung

Park Ye-Ni - Song Min-Joo

Jung Sung-Il

Post a Comment

0 Comments