BOLEH KAH SUAMI MEMUKUL ISTERI

Boleh kah suami memukul isteri?? Apa hukum nya?? Ramai wanita merasakan seorang suami tidak patut memukul isterinya. Lelaki tersebut akan digelar dayus jika dia memukul isteri.

Bagaimana pulak dalam islam..? Adakah memukul isteri di benarkan??



Dalam islam memukul isteri hanya dibenarkan jika bertujuan untuk mendidik. Tapi mestilah ianya tidak melampau sehingga boleh menjatuhkan maruah isterinya. Ianya juga sebagai jalan terakhir jika kaedah sebelum ini tidak berjaya. Sebelum menampar atau memukul isteri suami perlu lah menasihati dan menggunakan cara yang lembut dan mesra atau pun berpisah tempat tidur. Tapi jika cara yang lembut tak berkesan baru lah boleh memukul isteri. 

Cara memukul pula bukan lah sehingga memudaratkan isteri. Contohnya sehingga cedera parah,meninggalkan bekas seperti lebam dan bengkak, cacat, atau pun hingga kehilangan nyawa. Jadi sebaiknya elak kan memukul isteri ketika dalam keadaan marah.

Selain tu syarat yang dibolehkan memukul isteri ialah bukan dibahagian muka dan pukulan tersebut tidak  meninggalkan kesan.

Sesempurna iman orang-orang mukmin ialah yang paling baik kelakuannya, dan yang paling lembut terhadap isterinya

- Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim-



Tapi macam mana kalau suami tak boleh kawal marah?? Satu tips untuk kaum lelaki.. Jika sedang marah digalak kan untuk mengubah posisi. Kalau sedang berdiri ,duduk la.. Kalau sedang di depan, bergerak la ke belakang.. Kalau sedang  didalam,baik lah keluar sekejap. Paling elok cepat2 beredar untuk ambil wuduk supaya kemarahan akan reda.

Setiap pasangan suami isteri perlulah lebih menjaga tuturkata dan tingkah laku. Jadi sebelum memukul isteri lebih baik berikan nasihat dan kata-kata yang melembutkan hati isteri. 

Post a Comment

0 Comments