L.U.C.A : THE BEGINNING

L.U.C.A : THE BEGINNING | Kdrama dengan genre misteri dan  thriller ini siarkan sebanyak 16 episod dengan dibintangi oleh Kim Rae Won dan Lee Da hee sebagai teraju utama. Drama ini ditayangkan bermula 1 February 2021 di saluran TVN.



Sinopsis LUCA : The Beginning

Ji O tidak tahu dari mana dia berasal dan tidak tahu apa-apa tentang dirinya sendiri. Dia juga lupa dengan apa yang berlaku dalam kehidupan nya. Dia mempunya satu kuasa misteri yng akan muncul apabila dia marah, takut dan berasa terancam. Kuasa yang mampu mematikan manusia dan merosak kan segalanya.

Selepas dia menjadi buruan sekumpulan manusia dia mula ingin mencari siapa dirinya yang sebenar dan apa yang telah berlaku dalam hidupnya.

Pertemuan nya dengan Goo Reum membuatkan kehidupan nya dan Goo Reum berubah. Goo Reum seorang pegawai polis yang dalam diam menyiasat kehilangan kedu ibu bapanya. Sisatan nya mempunyai hubung kait dengan Ji O yang ditemui nya secara tidak sengaja.

Yi Son yang ditugaskan untuk memburu Ji O dijanjikan dengan imbuhan yang dapat menggantikan tangan nya yang rosak sewaktu bertarung dengan Ji O. Dengan penuh semangat dia memburu Ji O agar dia mendapat tangan yang lebih baik.

Yi Son tidak sedar dia sebenarnya dipergunakan oleh pihak yang tidak berminat langsung untuk membantunya.

Sebuah pertubuhan yang terlibat dalam penyelidikan haram dengan menggabungkan gen manusia dan haiwan. Mereka menjadikan orang-orang yang terperangkap dengan masalah untuk terlibat sama dengan penyelidikan haram tersebut.

Ji o adalah salah satu bahan kajian yang mereka jalankan sejak Ji O masih kecil ,. Dia melalui zaman kanak-kanak yang menyedihkan sering digelar seagai monster.

Pelakon:

Kim Rae-Won - Ji-O

Lee Da-Hee - Goo-Reum

Kim Sung-Oh - Yi-Son

Kim Sang-Ho - Choi Jin-Hwan

Park Hyuk-Kwon - Kim Cheol-Soo

Ahn Nae-Sang - Ryu Joong-Kwon

Jin Kyung - Hwang Jung-A

Kim Min-Gwi - Kim Tae-O

Jung Da-Eun - Choi Yoo-Na

Lee Joong-Ok - Kim Hwang-Sik

Hwang Jae-Yeol - Detective Kim

Catat Ulasan

0 Ulasan