SINOPSIS KDRAMA TRUE BEAUTY LAKONAN MOON KA YOUNG DAN CHA EUN WOO

 TRUE BEAUTY (KDRAMA -2020) | Drama ni ditayangkan ada Disember 2020 sehingga February 2021. Viral jugak drama ni sebab diadaptasi dari webtoon. Aku sebenarnya tak suka tengok Kdrama budak sekolah. memang dari dulu tak minat.



Hari tu sambil2 tengok tv , keluar drama ni, layan episod 1 macam best. Esoknya tengok episod 2 memang best giler, Sekarang dah tak sabar pulak tunggu rabu dan khamis. Kelakar ya amat drama ni. 🤣🤣
Budak2 yang suka comic memang ramai dah baca comic ni. termasuk la sorang kaki comic kat rumah ni. 😘 (Baca kat webtoon). Drama ni ada 16 episod.
Kalau kat korea, memang orang tak cantik selalu dibuli ke?Banyak drama aku tengok yang bila tak cantik mesti kena buli, kena pinggir.

Sinopsis True Beauty

Jugyeong umur 18 tahun, pelajar sekolah menangah. Dia tak cantik. Muka ada jerawat , merah2. Pakai spek besar sebab rabun teruk. semua orang suka pandang rendah pada dia..
Dia suka kat abang cafe tapi cinta ditolak.Dah la kena reject, kena ejek pulak tu. kesian betul.
Dia mula pakai makeup pi sekolah tapi dah macam hantu makeup nya. kena gelak lagi..Dia rasa nak terjun bangunan. Tapi tak jadi. Tragis sangat rasanya.
Satu hari ayah dia kena scam. Habis rumah tergadai. Mak dia buat keputusan kena pindah balik ke rumah lama dia orang . Bermakna dia kena tukar sekolah la. Seronok la dia sebab dia tak suka kawan2 sekolah lamanya tu.
Sebelum masuk ke sekolah baru dia buat persediaan. Belajar makeup. Dia pecahkan tabung untuk beli barang2 makeup. Dia tengok macam2 video pasal makeup dan cuba buat macam dalam video2 tu. kening macam ulat, kening botak, kening sebelah tebal sebelah nipis, semua dilaluinya dengan tabah. 🤣🤣
Akhirnya selepas berhari2 mencuba dan mencuba, dia pandai makeup untuk tutup jerawat2 kat muka dia tu. Sampaikan mak dia, adik , kakak semua terkejut tengok dia sikit punya lawa.
Masuk sekolah baru semua orang puji dia cantik. kawan2 kat sekolah tu semua baik2. Tak macam sekolah lama dia. Dia rasa semua kawan2 baru ni suka dia dan kawan dengan dia sebab dia cantik.
Nak tahu betapa susahnya nak memastikan makeup dia kekal, tambah pulak dengan tiba2 muncul kawan sekelas yang dah pernah tengok muka hodoh dia, bukan senang nak menipu nih.. nak tau apa jadi dengan Jugyeong kena la tengok...

Profile

  • Drama: True Beauty
  • Revised romanization: Yeoshingangrim
  • Hangul: ì—¬ì‹ ê°•ë¦¼
  • Director: Kim Sang-Hyub
  • Writer: Yaongyi (webcomic), Lee Si-Eun
  • Network: tvN
  • Episodes: 16
  • Release Date: December 9, 2020 - February 4, 2021
  • Language: Korean
  • Country: South Korea
Sumber: AsianWiki

Catat Ulasan

0 Ulasan