FIND ME IN YOUR MEMORY

FIND ME IN YOUR MEMORY ( KDRAMA -  2020) Tak tahu la kenapa drama ni tak ramai yang bercakap tentang nya. Sedangkan drama ni bagi aku best jugak. Mungkin masa ditayangkan ni kita dalam PKP tahun lepas dan waktu tu drama COUPLE'S WORLD / THE MARRIED LIFE tengah hangat sangat sampai drama ni sepi . 



Orang tengah sibuk2 dengan drama rumahtangga curang tu aku pulak tengah mabuk2 drama FIND ME IN YOUR MEMORY ni. 

Yang aku suka pasal drama ni ialah hero dia. Kim Doong Wook. Tenang je.. sabar je.. Padahal hero tak kacak tapi menarik watak yang dia bawak ni. kebanyakan peminat Kdrama akan jatuh cinta dengan watak hero yang macam ni. 

Pelakon utama wanita dalam drama ni ialah Moon Ka Young yang juga pelakon dalam kdrama True Beauty. 

Sinopsis Find Me In Your Memory 

Lee Jung Hoon mengidap  hyperthymesia. keadaan dimana dia mengingat setiap perkara dan tak boleh melupakan nya. Dia bekerja sebagai pembaca berita tv.

Satu hari ada seorang pelakon popular akan jadi tetamu dalam rancangan tv dia. Dia tak berapa suka dengan pelakon perempuan ni sebab dari yang dia tengok di sosial media , pelakon perempuan ni cuma biasa-biasa saja. Tak la hebat mana pun. Dah la ramai haters.

Yeo Ha in seorang pelakon cantik yang baru membintangi satu buah filem. Dia sebenarnya mempunyai satu kenangan pahit bila kawan baik dia mati dibunuh. Dia mengalami kemurungan dan pernah cuba bunuh diri. sebaik sedar dia lupa apa yang berlaku pada kawan baik dia. dan dia lupa terus kawan dia tu

Sebenarnya kawan baik dia adalah kekasih Lee Jung hoon. 

Satu pihak tak boleh lupa kan kenangan pahit tu dan satu pihak lagi tak ingat langsung tentang kenangan tu. 

Tapi mereka berdua ni langsung tak saling mengenali.

Disebabkan satu kejadian , Lee Jung Hoon dan Yeo Ha In terpaksa berpura-pura bercinta demi menampilkan imej yang baik dimata orang ramai ..Sebab nak ajak orang tonton filem pertama Yeo Ha In  

Pada masa yang sama ada orang jahat yang mengintip Yeo ha In. Lelaki yang mengintip ni guna cara yang sama macam mana dia buat pada kekasih Lee Jung Hoon yang mati kena bunuh dulu.

Profile

  • Drama: Find Me in Your Memory (English title) / Memoir of the Man (literal title)
  • Revised romanization: Geu Namjaui Kieokbeop
  • Hangul: 그 남자의 기억법
  • Director: Oh Hyun-Jong
  • Writer: Kim Yoon-Joo
  • Network: MBC
  • Episodes: 32
  • Release Date: March 18 - May 13, 2020
  • Language: Korean
  • Country: South Korea

Post a Comment

0 Comments