REVIEW DAN SINOPSIS : MY HOME HERO

REVIEW DAN SINOPSIS : MY HOME HERO | Adaptasi dari siri manga, kini My Home Hero versi live action boleh di tonton di saluran Disney +hotstar .



Drama My Home Hero diarahkan oleh Takahiro Aoyama dan di tulis oleh penulis manga ini sendiri iaitu Naoki Yamakawa. 


Sinopsis My Home Hero

Tetsuo Tosu seorang lelaki biasa yang bekerja sebagai jurujual, mempunyai isteri ,Kasen dan seorang anak perempuan, Reika. Kehidupan mereka bahagia. Dia tidak pernah terlibat dengan sebarang jenayah.



Diwaktu lapangnya Tetsuao akan menulis novel misteri. Anak gadisnya seorang pelajar dan tinggal berasingan dengan mereka.

Dihari ulang tahun nya yang ke 47, Tetsuo pergi menemui anak perempuan nya. Dia terkejut melihat kesan lebam di wajah Reika. Hatinya tidak senang dengan apa yang dilihat. Reika pula tak mahu berterus terang tentang apa yang berlaku. 

Dalam perjalanan pulang Tetsuo mendengar seorang lelaki bercakap tentang Reika. Dia mendapat tahu Lelaki tersebut iaitu, Nabuto sering memukul Reika. Tetsuo sangat kecewa. dia memutuskan untuk pergi ke tempat tinggal anaknya. 

Ketika berada dalam rumah anaknya tiba2 Nabuto masuk ke dalam rumah Reika. Tetsuo bersembunyi didalam almari. Dia mendengar Nabuto berbual dengan seseorang di telefon. Nabuto mengakui dia membunuh bekas teman wanitanya. Nabuto juga berkata dia akan mengajar Reika kerana tidak berpuas hati terhadap Reika

Tetsuo yang berada didalam almari tidak dapat menahan perasaan marahnya. Dia tahu dia perlu melakukan sesuatu agar dapat melindungi Reika dari lelaki tersebut.



Tetsuo keluar dari almari dan terus menyerang Nabuto. Nabuto mati disitu. Tetsuo tak tahu apa yang haris dilakukan. Isteri Tetsuo yang kebetulan sampai juga berasa terkejut. Mereka memutuskan untuk menghapuskan mayat Nabuto.

Sejak dari kejadian itu Tetsuo diburu dan diintip sekumpulan samseng. Untuk memastikan kumpulan samseng tersebut tidak mengesyakinya dia mutuskan untuk berpura-pura membantu mencari Nabuto dan dalam masa yang sama mengubah keadaan agar dia dan keluarganya selamat.


Review My Home Hero. 

Tengok pelakon utama nya pun dah boleh agak lakonan  mereka dalam drama ni tak mengewakan.  Digandingkan pula sebagai suami isteri. Kuranosuke Sasaki dan Tae Kimura ni dah belakon banyak drama dan filem.  Dengan jalan cerita yang menarik, penuh suspend, tak sempat nak tarik nafas dia punya rasa berdebar tu. 


Dari episod 1 saya tonton tak de rasa nak skip mana-mana babak pun sebab drama ni agak laju dia punya jalan cerita tu. Kena betul2 tonton sebab Tetsuo akan guna helah untuk elak dari penipuan nya dikesan oleh Kyochi.

Paling best drama ni dia tunjuk cemana seorang ayah sanggup buat apa saja untuk lindungi keluarga dia. Kalau ikut logik memang orang kata, membunuh tu salah.



 Tapi kalau dah tahu nyawa anak gadis diadalam bahaya apa lagi yang boleh seorang ayah buat. Lagi2 kalau anak orang berpengaruh yang buat hal. Sedangkan pembunuhan yang dilakukan Nabuto sebelum ni pun polis tak boleh kesan. 


Demi seorang anak juga mak ayah ni dapat kekuatan untuk buat apa yang sebelum ni tak pernah diaorang buat
. Panjat apartment, potong mayat, join kumpulan samseng, dan jugak melutut memohon maaf. Demi seorang anak... 

Pelakon My Home Hero

Kuranosuke Sasaki - Tetsuo Tosu

Kyohei Takahashi - Kyoichi Majima

Asuka Saito - Reika Tosu

Tae Kimura - Kasen Tosu

Yasushi Fuchikami - Takeda

Shuichiro Naito - Nobuto Matori

Takuma Otoo - Kubo

Eisaku Yoshida - Yoshitatsu Matori

Kenjiro Tsuda - Kanji Shino

Ryubi Miyase - Hayato Osawa

Danshun Tatekawa - Koji Yasumoto

Toshiyuki Itakura - Detective Toshima

Shunsuke Daito - Yakushiji

Sho Nishigaki - Enoki

Shunya Kaneko - Minamida



Catat Ulasan

0 Ulasan