RESEPI MUDAH DAN CEPAT : DAGING MASAK HITAM

RESEPI MUDAH DAN CEPAT : DAGING MASAK HITAM | Walaupun saya ni surirumah saja tapi resepi yang mudah dan cepat selalu jadi pilihan. Ada cara memasak yang mudah buat apa kita nak susahkan diri. Betul tak?

daging masak hitam


Setiap keluarga meati ada satu hidangan wajib setiap minggu yang sedap dan  menjadi kegemaran keluarga. Sama juga macam keluarga saya, kami ada beberapa menu yang diulang setiap minggu. Wajib! Salah satunya adalah Daging Masak Hitam.

Kalau dihidangkan dengan nasi saja pun tetap makan bertambah-tambah.Tak kisah daging atau ayam masak hitam. Tapi ada cara memasaknya yang anak-anak suka. Kalau korang nak kan resepi daging masak hitam yang sedap, mudah dan cepat boleh ikut resepi yang saya sertakan ni.

Resepi Daging Masak Hitam Simple Dan Sedap

Untuk resepi ini saya gunakan 200g daging sahaja.Jadi kalau nak masak lebih boleh gandakan sukatan nya. 

resepi daging masak hitam


Untuk bawang merah , halia dan bawang putih , saya gunakan yang dah siap kisar. Saya memang sediakan stock bawang kisar untuk mudahkan kerja memasak. Kerja memasak jadi lebih cepat bila kita dah kisar siap-siap bawang halia, bawang putih dan cili.

Korang boleh ikut tips ni kalau nak memasak dengan lebih cepat terutamanya jika korang nak masak daging masak hitam untuk sahur.

daging masak hitam


Bahan-bahan Daging Masak Hitam

200g Daging siap potong dan bersihkan (potong nipis kalau nak masak cepat)

1 batang kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

2 kuntum bunga cengkih

2 biji buah pelaga

1 sudu besar bawang merah

1 sudu besar bawang putih

1 sudu besar halia

1 sudu  rempah daging

1 sudu rempah sup

1 sudu besar cili kering yang dah di kisar

1senduk kicap manis (saya guna cap kicap kipas udang)

1 batang serai (ketuk)

1 biji bawang besar di hiris tebal

3 biji cabai hijau dan merah. belah 2.

1 senduk besar Minyak untuk menumis

Garam dan gula.

daging masak hitam


Cara Masak Daging Masak Hitam

1. Mula-mula panaskan minyak. Tumis serai yang dan di ketuk dan masuk kan bersama kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang.

2. Masuk kan bawang merah, bawang putih, halia  yang sudah dikisar. Masuk kan juga cili kisar. Kacau sekejap dan perlahan kan api supaya bahan tumis masak.

3. Masuk kan rempah daging dan rempah sup serta sedikit air. Masak hingga rempah pecah minyak.

4. Bila rempah dah masak masuk kan daging. Kacau sebati. dan kemudian baru masuk an kicap dan setengah cawan air. Masak hingga kuah pekat dan daging masak sempurna.

5. Masuk kan garam dan gula secukup rasa.

6. Tutup api dan terus masuk kan Bawang besar  dan cabai hijau.

7 . Sedia untuk dihidangkan

lauk yang budak-budak suka


selamat mencuba.

Catat Ulasan

0 Ulasan