REVIEW DAN SINOPSIS STRONG GIRL NAM-SOON

REVIEW DAN SINOPSIS STRONG GIRL NAM-SOON | Kdrama Strong Girl Nam-Soon dibintangi oleh Lee Yoo Mi ditayangkan di Netflix bermula 7 Oktober hingga 26 November. Kdrama ini siarkan dengan 16 episod dan diarahkan oleh Kim Jung Sik. Drama ini masih mengekal kan penulis yang sama dengan siri Strong Woman Do Bong Soon yang popular pada tahun 2017, iaitu Baek Mi Young.


STRONG GIRL NAM-SOON


Dalam siri Strong Girl Nam Soon, Park Hyun Sik dan Park Bo Young tampil sebagai cameo dalam episod 3. Strong Girl Nam Soon adalah spin-off daripada drama popular Strong Woman Do Bong soon yang dibintangi oleh 2 pelakon ini.


Review Strong Girl Nam-Soon


Poster untuk drama ni tak de yang cantik la. Gambar-gambar untuk promo pun tak lawa. Ok . Ni pendapat aku untuk drama ini. 


Kalau dalam Strong Woman Do Bong Soon lebih menekankan plot cinta , namun dalam Strong Girl Nam Soon , penyiasatan  dan komedi ditekan kan menjadi drama ini  boleh di tonton berbagai peringkat usia termasuk budak-budak.Tapi budak-budak nak ke tonton cerita macam ni. Hahah 



STRONG GIRL NAM-SOON


Saya pernah tonton Lee Yoo Mi dalam Mental Coach jegal sebelum ni. Bila dia dalam Strong Girl Nam Soon saya sampai tak ingat yang dia pernah ada dalam Squid game, All of Us Are Dead dan Mental Coach Jegal. Sangat berbeza betul watak yang dia bawa kali ni. Sampai jenuh saya nak ingat semula lakonan dia dulu.


BACAREVIEW DAN SINOPSIS DOONA


Sebab tu saya suka dengan Lee Yoo Mi. Dia tak sama dalam setiap drama lakonan dia. Cuma saya tak suka dengan fesyen dan gaya dia. gaya rambut pun tak sesuai. Harap sangat boleh nampak dia comel + cantik dalam drama ni sebab dia kan anak orang kaya. Tapi tu la.. Nampak selekeh.


Untuk scene komedi saya rasa tak berapa menjadi walaupun ada juga la komedi tu. Cuma tak banyak. Komedinya pun level biasa-biasa saja.


STRONG GIRL NAM-SOON



Drama ni tajuknya tentang Nam Soon tapi scene mak Nam Soon pun banyak juga. membuatkan drama ni agak bosan sikit. Kalau dalam siri yang lepas memang banyak watak Bong Soon. Kita memang enjoy je tonton.


Bila keluar je scene mak Nam-Soon dengan gaya mewahnya, mood menonton tu terus turun menjunam tau. Hahah. Tapi nenek dia best. Nenek dia kelakar

  

Saya harap akan datang drama ni akan lebih menarik dan menghiburkan.


Sinopsis Strong Girl Nam Soon

Strong Girl Nam Soon mengisahkan seorang gadis yang memiliki kekuatan luar biasa yang diwarisi dari turun temurun keluarganya.  Dalam keluarganya wanita memiliki kekuatan yang luar biasa malah keluarganya juga sangat terkenal sebagai keluarga yang kaya raya.


STRONG GIRL NAM-SOON


Sewaktu kecil Nam Soon pergi ke Monggolia dengan kedua ibu-bapanya namun dia hilang. Dia dijaga oleh sebuah keluarga Monggolia yang sangat penyayang. Apabila sudah besar Nam Soon memutuskan untuk pulang ke Korea mencari keluarga kandung nya.



Disebabkan kekuatan nya yang luar biasa dia mudah mendapat perhatian dan akhirnya  keluarga kandungnya berjaya menemuinya. Sepanjang Nam Soon mencari keluarganya di Korea dia banyak di bantu oleh Kang Hee Sik, seorang anggota polis yang baik dan jujur.


Selepas menemui keluarga kandungnya, hubungan Nam Soon dan Hee Sik sangat baik sehingga Nam Soon memutuskan untuk membantu Kang Hee Sik menyiasat satu kes dadah. Dalam masa yang sama ibu Nam Soon, Hwang Geum Ju juga menyiasat kes yang sama. Kebetulan nenek Nam Soon juga terlibat dengan kes tersebut 

STRONG GIRL NAM-SOON


Hee Sik akhirnya bekerjasama dengan 3 wanita kuat untuk membenteras aktiviti pengedaran dadah di Gangnam.


Strong Girl Nam Soon Cast

Lee Yoo Mi

Kim Jung Eun

Kim Hae Sook

Ong Seonng Wu

Byeon Woo Seok

Lee Seung Joon

Choi Hee Jin

Catat Ulasan

0 Ulasan