REVIEW DAN SINOPSIS DOONA

REVIEW DAN SINOPSIS DOONA | Kdrama Doona mula disiarkan di saluran Netflix bermula 20 oktober 2023. Doona dibintangi oleh Bae Suzy dan Yang Se Jong bersama dengan beberapa pelakon lain. Kdrama ini diarahkan oleh Lee Jung Hyo dan ditulis oleh Min Song Ah yang juga penulis asal webcomic Lee Doo Na yang diterbitkan pada 2019.


Kdrama Doona



Doona adalah drama pertama lakonan Yang Se Jong selepas keluar dari latihan tentera.



Review Kdrama Doona 

Masa mula-mula tengok pelakon nya adalah Bae Suzy saya percaya bukan saya saja yang teruja. Memang rindu nak tengok lakonan dia selepas Anna. Melihatkan pada pelakon yang membarisi drama ni, saya tak hairan la kenapa ramai yang overhype drama ni. Tapi saya lebih suka melihat pada jalan cerita berbanding pelakon nya.

 

Saya nak cerita apa yang best tentang drama ni dulu. Pertama nya ialah OST drama ni sangat best. Entah apa tajuk lagu dan penyanyi nya saya pun tak tahu tapi saya memang tak skip intro drama ni sebab nak dengar lagu nya. :)

REVIEW DAN SINOPSIS DOONA


Update: OST Doona 

Title: Daylight 

Artist: BIG Naughty

Apa lagi yang menarik tentang kdrama Doona? Chemistry antara Suzy dan Yang Se Jong sangat menakjubkan sebab Yang Se Jong memang pelakon yang berbakat tapi dia jarang diberikan watak utama dalam drama. Tapi untuk digandingkan dengan Bae Suzy yang memang bintang utama dalam setiap drama lakonan nya ianya sesuatu yang boleh Yang Se Jong banggakan.


Selalunya kisah pertemuan 2 watak utama yang biasa kita tonton di dalam kdrama , akan diselitkan dengan babak lucu antara 2 watak utama. Tapi drama ni tidak. Saya boleh katakan plot cerita yang sedikit membosankan. Kisah hubungan cinta yang tak pasti. Macam teman tapi mesra untuk diawal episod. Mungkin pengarah tak mau lari dari konsep asal cerita ni yang diadaptasi dari webcomic.


Watak Choi I- Ra sangat annoying. Saya sakit telinga bila dia asyik menjerit. Macam orang hilang akal. Setiap masa nak menjerit. Mungkin dia boleh buat watak nya lebih semula jadi . Tak perlu menjerit-jerit untuk melakonkan watak gadis yang hyper, ceria dan nakal.

REVIEW DAN SINOPSIS DOONA

Plot cerita drama ni sangat perlahan. Mungkin pengarah dan penulis menggunakan babak-babak panas yang ada dalam drama ni untuk menarik penonton. Tapi malangnya ia tak mampu menutup jalan cerita yang bosan dan perlahan.


BACAREVIEW DAN SINOPSIS TURN TO ME MUKAI-KUN


Doona ni sebenarnya watak seorang gadis bekas kpop idol yang popular. Dia berhenti dari jadi penyanyi dan berkurung di dalam rumah . Tapi yang peliknya dia bebas kesana kemari. Keluar berjumpa kawan-kawan Won Jun. Macam tak logik , kan? Penyanyi yang sedang berada di kemuncak ,secara tiba-tiba berundur dari dunia idol. Mustahil tak ada sesiapa yang mencari dan mengejar berita sebenar dari dia. 


Apa yang boleh disimpulkan, drama ni drama biasa sahaja. Tak ada apa yang sangat menarik dan boleh jadi bualan hangat peminat kdrama. Hanya kisah 2 watak utama yang sedang membina hubungan cinta. Cuma lakonan mereka saja hebat.

Synopsis Kdrama Doona 

Doona mengisahkan Lee Doona seorang bekas idola Kpop Dream Sweet yang popular. Namun disebabkan satu kejadian , Doona mengundurkan diri dari dunia hiburan dan hanya mengurungkan diri di dalam sebuah rumah kongsi berdekatan sebuah universiti. Dia menjalani hidupnya sendirian tanpa kawan-kawan dan keluarga.

REVIEW DAN SINOPSIS DOONA


WonJun seorang pelajar universiti baru menyewa di tingkat atas rumah yang sama. kali pertama melihat Doona, Won Jun merasa seperti dia pernah melihat Doona. Ianya membuatkan Doona kurang senang dengan kehadiran WonJun.


Satu hari Doona jatuh pengsan dan WonJun terus membawa Doona ke hospital. Sikap WonJun yang melayani Doona membuatkan Doona lembut hati dan menerima pelawaan WonJun untuk makan bersama.


Sejak itu hubungan mereka menjadi baik dan mereka sesekali berbual dan makan bersama. Kemesraan antara mereka juga jelas dilihat. Namun Doona sudah mengingatkan WonJun agar jangan jatuh cinta padanya. Begitu juga WonJun yang sering mengingatkan Doona bahawa dia tidak akan jatuh cinta pada Doona.


REVIEW DAN SINOPSIS DOONA


Kehadiran wanita lain dalam hidup WonJun bagaikan tamparan untuk Doona. Dia tahu dia tidak boleh melampaui batas tersebut tapi dia tak mampu menahan nya apalagi selama ini kehidupan nya penuh dengan kesepian dan keseorangan. Namun segalanya berubah dengan kehadiran WonJun.


Pelakon Kdrama Doona

Bae Suzy

Yang Se Jong

Ha Young

Park Se Wan

Kim Do Wan

Kim Min Ho


Catat Ulasan

0 Ulasan