FRANKLY SPEAKING

FRANKLY SPEAKING | Kdrama Frankly Speaking lakonan Go Kyung Pyo dan Kang Han Na disiarkan bermula 1 May 2024. Drama ini diarahkan oleh Jang Ji Yeon dan ditulis oleh Choi Kyung Sun. 


Frankly Speaking boleh di tonton di saluran Netflix setiap Rabu dan Khamis dengan 12 episod. Drama ini asalnya berjudul No Secret namun diubah dengan judul Frankly Speaking

Review Frankly Speaking 


Ada 2 drama fantasy yang on going di netflix sekarang ni. Frankly Speaking salah satunya yang bagi saya menarik dan menghiburkan. Drama komedi yang santai-santai saja lakonan Go Kyung Po. Pelakon yang jarang-jarang sekali diberikan watak utama.

Kalau tak salah saya kali terakhir dia diberi watak yang sangat menonjol adalah dalam dalam Love In Contract bergandingan dengan Park Min Young. Kali ni dia digandingkan dengan Kang Han Na yang juga jarang2 diberikan watak utama. 
 



Boleh dikatakan gandingan yang sangat serasi dan saya suka pelakon-pelakon lain juga dalam drama ni. Mungkin tak de isu siapa melebihi siapa memandang kedua-dua pelakon berada di tahap yang sama. Kalau diberikan pilihan saya nak lagi tonton gandingan mereka berdua ni dalam drama yang lain pulak. 

Begitu jugak dengan Joo Jung Hyuk. Dia bukan lah pelakon yang kacak bagi saya tapi dalam drama ni dia nampak menarik. Lagi2 bila ada babak dia menyanyi diatas pentas tu. Macam comellll je! 



Selain pelakon yang membawakan watak mereka dengan sangat baik saya juga suka kan jalan cerita drama ni. Mungkin agak klise bagi sesetengah orang tapi bagi saya ianya drama yang beri hiburan dan ringan untuk saya tonton. Ada masa-masanya kita tak perlukan drama yang berat dan memerlukan kita berfikir. Drama-drama ringkas dan santai seperti ini masih releven bagi saya.



Setiap kali Song Ki Baek bersuara , kita yang menonton pun rasa puas. Dia seperti menyampaikan apa yang menonton nak cakap. 

Sinopsis Frankly Speaking - Kdrama Netflix


Frankly Speaking mengisahkan Song Ki Baek, lelaki berusia 33 tahun yang bertugas sebagai pembaca berita. Dia mempunyai personaliti yang menarik, sopan, sangat menghormati orang lain, mempunyai tutur kata yang baik dan menyenangkan.


Atas arahan ketuanya dia menyertai satu rancangan variety yang diterbitkan oleh On Woo Ju. Ketika menyertai rancangan tersebut dia terkena renjatan elektrik dan menyebabkan tingkah lakunya berbeza dengan sebelum ini. 

Dia bercakap melalui apa yang difikirkan nya hinggakan dia tidak mampu menipu untuk menjaga hati orang lain. Disebabkan itu dia dipandang serong ketua dan rakan sekerja. Berasa tidak senang dengan keadaan di pejabat dan atas sebab kejujuran nya dia terpaksa berhenti kerja dan hanya memilih untuk bersembunyi.



On Woo Ju yang menyedari apa yang berlaku pada Song Ki Baek, berusaha untuk membuatkan keadaan terkawal kerana dia menyedari apa yang berlaku pada Song Ki Baek adalah disebabkan dia yang memaksa Song Ki Baek menyertai rancangan tv tersebut.




Pada awalnya Song Ki Baek tidak dapat mengawal kata-katanya tapi selepas beberapa lama dia menyedari apa yang berlaku padanya boleh dikawal sekiranya On Woo Ju ada bersamanya.

Bagi memastikan kerjaya Song Ki Baek tidak musnah, On Woo Ju mengajak Song Ki Baek menyertai rancangan variety nya dan digandingkan dengan bekas teman lelakinya, Kim Jong Heon.



Frankly Speaking Cast

Go Kyung Pyo

Kang Han Na

Joo Jung Hyuk

Kwon Yool

Ko Kyu Pil


Catat Ulasan

0 Ulasan