PEMAIN BOLASEPAK SUMARDI HAJALAN

Nama pemain bola sepak,Sumardi Hajalan pernah hangat menjadi bualan beberapa tahun yang lalu berkaitan isu perpindahan pemain dan prestasinya yang memberansangkan sebelum mengakhiri karier nya pada tahun 2017.

Jom kita kenali siapa lagenda bolasepak Sumardi Hajalan.




Anak kelahiran Tawau , Sabah ini merupakan salah seorang pemain asal dari Sabah FA dan pernah beraksi bersama pasukan Perak untuk Liga Super 2015. Dia memulakan kerjaya profesionalnya bersama Sabah FA pada musim 2006/07. Sebelum berakhirnya musim 2006/07 dia menyatakan hasratnya untuk menyambung kontraknya tetapi membatalkan hasratnya kerana mendapat tawaran lumayan dari Johor FC

BACACANTIK SEPERTI WATAK ANIMASI MOANA - NETIZEN TERPEGUN KECANTIKAN ANAK SULTAN MIZAN





Dia pernah beraksi pada Pesta Bola Merdeka 2007 dimana Malaysia muncul selaku juara. Dia juga menyertai skuad bawah 23 tahun Malaysia ke Sukan Asia Tenggara 2007 di Korat. Sumardi mendapat kaps pertamanya ketika menentang
Bahrain pada kelayakan Piala Dunia FIFA 2010.

Biodata Sumardi Hajalan



Nama : Sumardi Hajalan
Tarikh lahir : 12 Januari 1985 (29 tahun)
Asal : Tawau, Sabah
Status : Berkahwin (seorang anak perempuan – setahun enam bulan)
Bilangan adik beradik : Anak bongsu daripada empat beradik
Latar akademik : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pasukan yang diwakili :
Sabah (2005), Johor FC (2006-2010),
Sabah (2010-2013), Negeri Sembilan (2014)
Perak (2015)
Posisi : Pertahanan (kiri)
Posisi lain : Sayap (kiri), Tengah bertahan
Sukan lain yang diceburi : Tiada
Pemain bola sepak yang diminati : Sergio Ramos Kelab/Pasukan bola sepak yang diminati : Barcelona
Makanan kegemaran : Char Kuey Tiaw
Minuman kegemaran : Milo Ais

Catat Ulasan

0 Ulasan