CANTIK SEPERTI WATAK ANIMASI MOANA - NETIZEN TERPEGUN KECANTIKAN ANAK SULTAN MIZAN

Kehidupan keluarga kerabat diraja seringkali menjadi tumpuan ramai kerana jarang-jarang sekali kehidupan golongan ini didedahkan kepada rakyat jelata. Mungkin demi menjaga privasi dan nama baik golongan tersebut.

Baru-baru ini pengguna twitter meluahkan rasa kagum dengan kecantikan puteri dari Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah .



Yang Mulia Tengku Fatimatuz Zahra, Tengku Puteri Daulath yang baru menyambut ulangtahun kelahiran ke 19  pada 19 April yang lalu mempunyai raut wajah yang cantik manis dengan kulit sawo matang membuatkan pengguna twitter merasakan ianya adalah jelmaan Moana




Tengku Puteri Daulath mempunyai tiga orang kakanda iaitu YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, 25, DYTM Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, 23 dan YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az, 21.


 

Kecantikan Tengku Fatimatuz Zahra, Tengku Puteri Daulath diwarisi dari bondanya Sultanah Nur Zahirah yang sememangya sangat cantik jelita sejak muda lagi.

Catat Ulasan

0 Ulasan