DESTINED WITH YOU

DESTINED WITH YOU | Kdrama lakonan Ra Woon dan Jo Bo Ah ini mula ditayangkan pada 23 Ogos lalu. Drama dengan genre fantasi dan percintaan ini diarahkan oleh Nam Ki Hoon yang pernah mengarahkan drama-drama popular seperti The Beauty Inside, Voice 3, Kiss Sixth Sense dan Big Bet.

Destined With You

Destined With You boleh ditonton di saluran Netflix dengan episod baru ditayangkan setiap Rabu dan Khamis. 

 

Review Destined With you

Drama Destined With You yang ditayangkan di Netflix ni bukan lah drama yang buat saya tertunggu-tunggu setiap minggu. Susah juga saya nak bagi perhatian sangat pada drama ni. Nak jatuh cinta dengan drama ni macam dipaksa-paksa saja. Tak ikhlas la. Kalau buka netflix nampak dia tulis dah keluar episod baru tu, baru la saya tengok. Itu pun kalau drama lain dah tak de. 

kalau yang dah lama follow review dari saya mesti tahu yang saya ni peminat drama-drama fantasi. Jadi drama ni di siarkan awal-awal episode dulu saya agak teruja nak menonton nya. Tambahan pulak genre romance fantasy memang genre yang paling saya gemari.

Destined With You


Kemudian dikatakan drama ni juga ada unsur-unsur horror.  Siapa je tak suka dengan genre macam ni.kan? Tapi malangnya.. Sehingga dah masuk ke episod ke 6 drama ni masih belum berjaya memberi impak yang besar dengan genre yang di bawa. Element horror langsung tak ada. Tak tahu la kalau tangan merah yang merayap di muka Jang Shin Yu tu yang dikatakan sebagai horror. Tapi setakat ni ianya tak de unsur horror. Nampak ianya seperti khayalan Jang Shin Yu saja.

Mungkin juga saya silap sebab sekarang pun baru episod 6. Tak tahu la kalau episod akan datang baru didedahkan apa yang menyeramkan dalam drama ni.

BACAMY LOVELY LIARS

Dah episod 6 tapi penonton masih tak tahu apa yang sebenarnya perkara misteri dialami oleh Jang Shin Yu. kenapa ada tangan merayap di muka dia, semuanya masih tak nampak jelas. Jalan cerita drama ni agak lambat berkembang. Setiap minggu cuma ditekan kan kisah cinta  diam-diam dari 3 watak utama drama ni. Adakah saya perlu membaca review di google untuk mengetahui kisah sebenar drama ni???? Tak kan la....


Destined With You


Saya tertunggu-tunggu element fantasy dari drama ni. Menghampakan. Walaupun ada jampi mentera yang digunakan tapi tak nampak sama ada benda tu memang berkesan atau sudah tertulis yang mereka memang ditakdirkan bersama. Adakah cinta Jang Shin Yu pada Hong Jo disebabkan jampi mentera atau bukan.

Patutnya letak la sedikit efek blink-blink bercahaya waktu jampi tu bertindak. baru lah nampak drama ni macam drama fantasy. Kalau pun cinta Shin Yu pada Hong Jo adalah bukan disebabkan mentera , tak salah pun letak efek blink-blink bercahaya untuk lebih menarik. Kan?? Kalau bukan efek blink-blink letak la efek lain menandakan ianya mentera yang tersimpan beratus tahun. Ni nampak macam drama biasa saja.

Kesimpulan nya romantik komedi + horror Fantasy yang tak menjadi.


Destined With You
 

Lakonan Ra Woon juga tak menyerlah langsung, Dia cuma ada wajah yang kacak. Tak nampak keserasian antara dia dan Bo Ah. Watak Shin Yu adalah lelaki yang dingin dan terdesak tapi tak nampak dingin dalam drama ni. Nampak sombong dan menjengkelkan serta biadab. Lagi-lagi bila dia lebih percayakan Na Yeon yang menuduh Hong Jo sebagai gadis perampas. Lepas tu dia suka pandang Hong Jo dengan penuh kebencian. Bukan kah dia sepatutnya memandang Hong Jo sebagai wanita yang dia tak kenal, tak menarik. Kenapa nampak macam dia pandang Hong Jo dengan penuh rasa benci. Adakah Ra Woon tak kenal dengan watak yang dia bawa tu?

Mujur lah ada Ha Joon mengubat kekecewaan hati. Watak yang dibawa lebih menarik dan dia memang menjadikan Kwon Jae Gyeong  tepat untuk diri nya. karektornya yang bersahaja, dingin dan kesepian dibawakan dengan sangat baik. sampaikan yang menonton rasa simpati padanya.  

Sinopsis Destined With You

Destined With You mengisahkan Jang Shin Yu seorang peguam yang mewarisi sumpahan keluarganya sejak beratus tahun dahulu. Disebabkan itu dia mencari penawar untuk bebas dari masalah yang membelenggunya. 

Dalam masa yang sama Hong Jo seorang penjawat awam menerima banyak aduan orang ramai tentang sebuah rumah ibadat lama di dalam hutan yang menjadi tumpuan pejalan kaki yang dikatakan amat menakutkan. Orang ramai meminta rumah ibadat tersebut di robohkan kerana terlalu usang dan menyeramkan

Destined With You

Rumah ibadat lama tersebut sebenarnya milik warisan keluarga Shin Yu. Sebelum merobohkan rumah ibadat tersebut seorang dukun memberitahu penawar yang dicari Shin Yu ada tertanam di bawah tanah kawasan tersebut. Namun penawar tersebut sebenarnya bukan milik Shin Yu. Ianya adalah milik Hong Jo. Shin Yu diarahkan untuk menyerahkan kotak yang dijumpainya itu kepada Hong Jo.

Hong Jo yang menerima kotak tersebut terkejut apabila kotak itu mempunyai beberapa mentera jampi. Shin Yu yang ingin kan penawar meminta Hong Jo menyerahkan penawar tersebut padanya.



Destined With You

Hong Jo sebenarnya sangat menyukai salah seorang penjawat awam di bangunan yang sama dengan nya. Kwon Jae Gyeong lelaki yang sangat menarik dan ramai pekerja wanita diam-diam menyukainya. Hong Jo dengan beraninya meluahkan rasa cintanya pada Kwon Jae Gyeong tapi di tolak.


Disebabkan itu Hong Jo menggunakan salah satu mantera yang dimiliki untuk membuatkan Kwon Jae Gyeong jatuh cinta padanya,


Destined With You


Malangnya air mantera yang dijampi Hong Jo telah diminum oleh Shin Yu dan bukan nya Kwon Jae Gyeong. Secara tiba-tiba perasaan cinta Shin Yu muncul terhadap Hong Jo. Shin Yu tak dapat mengawal keadaan sedangkan dia sudah mempunya Na Yeon sebagai kekasihnya.

Shin Yu dan Hong Jo nekad untuk menggunakan salah satu mantera untuk menghilangkan rasa cinta Shin Yu pada Hong Jo.

Destined With You Cast

Jo Bo Ah

Ro Woon

Ha Joon 

Yu Ra

Lee Bong Ryun

Hyun Bong Sik

Park Kyung Hye

Mi Ram

Lee Pil Mo

Jung Hye Young

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. tak pernah minat lakonan Ra woon ni. saya rasa dia terlalu fattah amin. mungkin kalau dah bertemu fazuranya nanti baru boleh minat kut

    BalasPadam