MY LOVELY LIARS

MY LOVELY LIARS | Memulakan tayangan pada 31 july yang lalu, kdrama My Lovely Liars dibintangi oleh pelakon berbakat besar Kim So Hyun dan digandingkan dengan bekas anggota Wanna One dan juga bekas ahli kumpulan Nu'est, Min Hyun. Kdrama ini diarahkan oleh Nam Sung Woo yang pernah mengarahkan drama Love In Contract dan My Roommate Is A Gumiho.

My Lovely Liars


Melihatkan pada beberapa drama arahan Nam Sung Woo yang mendapat banyak perhatian sebelum ini, ramai yang mengharapkan drama ini juga memberi kepuasan kepada penonton. Ditambah lagi dengan kemunculan Min Hyun yang pernah membintangi drama popular Alchemy Of Souls.

Review My Lovely Liars.

Saya terasa macam nak bandingkan drama My Lovely Liars dengan King The Land yang baru saja berakhir 2 minggu lepas. Bagi saya drama ni lebih baik dan mempunyai jalan cerita yang lebih menarik berbanding drama King The Land.

Titik. Cukup perbandingan disitu saja. hahha..

My Lovely Liars


Perkara yang paling saya suka dalam My Lovely Liars ialah drama ni ada jalan cerita yang menarik. Walaupun ianya masih dengan gaya drama romantis ala-ala tahun 2010 tapi saya suka dengan watak wanita yang berdikari, tak kaya tapi ada duit, ada karisma dan cantik.

Tak mau dah tengok drama lelaki kaya, teman wanita nya orang miskin , kerja kena buli dan tertindas. Boringgggg...!!

BACA: The Uncanny Counter 2

Perkara lain yang saya suka tentang drama ini ialah kes pembunuhan yang melibatkan Kim Do Ha. Saya suka ada elemen misteri dan jenayah dalam cerita ni. Tak la kita asyik di fokuskan dengan cinta dan babak sweet je. 

Saya tak tahu lah kalau di Korea memang rakyatnya lebih kepoci ke apa?? Dari wartawan sampai peminat , masing-masing nak tahu kehidupan selebriti sampai nampak melampau. Itu realiti atau pun hanya dalam drama sahaja??

My Lovely Liars


Tapi dah banyak sangat dalam drama tunjuk benda ni so tak salah kot kalau saya cakap teruknya orang Korea ni. hahah.

Apa pun saya suka drama ni dan nak tahu sangat kisah sebenar Kim Do Ha yang dituduh membunuh tu. 

My Lovely Liars Boleh di tonton di saluran VIU.

Synopsis My Lovely Liars

My Lovely Liars mengisahkan Mok Sol Hee seorang gadis yang mempunyai kemampuan boleh mengesan seseorang berbohong atau pun tidak. Dengan kebolehan nya itu dia menjalankan perniagaan perkhidmatan untuk mengesan pembohongan.

My Lovely Liars

 

Pertemuan pertama kali Mok Sol Hee dan Kim Do Ha berlaku di dalam sebuah bas. Tetapi ianya memberi kesan mendalam pada Kim Do Ha kerana itulah pertama kali ada seseorang yang mempercayai dia tidak berbohong.

Selepas beberapa tahun Kim Do Ha bergelar seorang pencipta lagu yang sangat terkenal tetapi dia lebih suka kehidupan nya kekal misteri disebabkan sejarah hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya. Tiada sesiapa pernah melihat wajah sebenar Kim Do Ha. Disebabkan itu dia sering menjadi buruan media.

My Lovely Liars


Secara tidak disangka Mok Sol Hee sekali lagi bertemu dengan Kim Do Ha. Waktu itu Kim Do Ha tahu itulah gadis yang pernah menyelamatkan nya dahulu. Tetapi Mok Sol Hee tidak mengingati Kim Do Ha.

My Lovely Liars Cast

Kim So Hyun

Min Hyun

Seo Ji Hoon

Lee Si Woo

Yun Ji On

Park Kyung Hye

Catat Ulasan

0 Ulasan