MINI KONSERT DATO SITI NURHALIZA DI TIKTOK RAIH 3 JUTA LIKE DAN LEBIH 10 RIBU PENONTON

MINI KONSERT DATO SITI NURHALIZA DI TIKTOK RAIH 3 JUTA LIKE DAN LEBIH 10 RIBU PENONTON | Beruntung siapa yang sempat menonton mini konsert Dato Siti Nurhaliza di akaun tiktok nya malam tadi. Awalnya ramai menyangka dia hanya ingin memperkenalkan beberapa produk dari SimplySiti namun keadaan bertukar menjadi mini showcase apabila dia mula menyanyikan beberapa buah lagu popular. 

konsert Siti Nurhaliza di Tiktok

Sedar tak sedar dia menyanyikan 4 buah lagu untuk peminat-peminatnya. Penonton mula bertambah dan jumlah like mencecah lebih 3 juta like dengan lebih 10 ribu penonton.

BACABINTANG 'SNOWDROP' PARK SOO RYUN MENINGGAL DUNIA PADA USIA 29 TAHUN SELEPAS TERJATUH DI PULAU JEJU

Ramai yang memuji vokal beliau walaupun hanya menyanyi sambil duduk kerana beliau mampu menyanyikan nada tinggi dengan sangat baik. Antara lagu yang dibawakan oleh beliau ialah  Bila Harus Memilih, Azimat Cinta, Seribu Kemanisan dan Sekian Lama. Semua lagu disampaikan dengan gaya santai sambil berinteraksi dengan peminat-peminatnya.

Konsert Siti Nurhaliza


Rata-rata yang menonton sangat gembira kerana dapat mendengar suara nyanyian penyanyi Nombor Satu itu. 

Di akhir siaran Live nya dia sempat berterima kasih kepada semua yang menonton. 



Catat Ulasan

0 Ulasan