A TIME CALLED YOU

A TIME CALLED YOU | Disiarkan pada 8 september 2023 di saluran Netflix, drama A time Called  You diarahkan oleh Kim Jin Won. Drama ini dilakonkan oleh Ahn Hyo Seop dan Jeon Yeo Been. Drama A time Called You adalah adaptasi dari sebuah drama Taiwan berjudul Some Day Or One Day yang pernah disiarkan pada tahun 2019. 

a time called you


Jeon Yeo Bin mendedahkan sewaktu memegang watak Min ju dan Jun Hee dia percaya dirinya adalah watak sebenar yang dipegang ketika itu menjadi lakonan nya dalam drama ini sangat berkesan.

Review A Time Called You

A Time Called You dibintangi oleh ramai pelakon hebat dan tentunya kemunculan Ahn Hyo Seop sangat-sangat dinantikan oleh saya sendiri. Saya tak pernah menonton drama Some Day Or One Day sebelum ni. Walaupun ramai kawan-kawan yang mencadangkan agar saya tonton drama versi Taiwan tapi saya memilih untuk tak menonton sebab saya tak mahu ada spoiler. Saya takut saya memilih untuk tak terus menonton memandangkan saya dah tahu jalan cerita dan pengakhiran nya. 

a time called you


Ramai juga yang mengeluh dengan pemilihan Jeon yeo Bin dalam drama ni yang dikatakan kelihatan agak tua untuk memegang watak pelajar sekolah. Keserasian nya dengan Ahn Hyo Seop juga dikritik.

BACA: Behind Your Touch

Tapi bagi saya sendiri Jeon Yeo Bin membawakan watak Min Ju dengan sangat baik. Lagipun watak Min Ju seorang gadis yang pemalu dengan gaya rambut yang menutup sebahagian wajah nya sebab dia seorang gadis yang tak ada keyakinan diri. Jadi memang dia tak memberikan tumpuan lah dalam berhias. 

Tapi dalam watak Jun Hee, dia penuh keyakinan dan percaya diri. Wajahnya juga nampak cantik ketika dia kembali ke tahun 98 dalam diri Min Ju walaupun dia memegang watak budak sekolah.

a time called you


Drama ini perlu ditonton dengan penuh teliti tau. Jangan terlepas satu babak pun. Kalau terlepas tolong ulang semula dan tonton babak yang terlepas tu. Sebab ini adalah drama time-slip. Ada 2 watak berbeza dengan wajah yang sama. Memang mengelirukan sikit. Pelukan fokus dan tumpuan ketika menonton.

Sinopsis A Time Called You

Han Jun Hee kehilangan teman lelakinya , Koo Yeon Ju yang mati dalam satu nahas pesawat. Dia sentiasa rindukan Yeon Ju dan sentiasa berharap dalam bertemu kembali dengan Yeon Ju. Satu hari dia menerima sebuah pemain kaset dan ketika dia mendengarkan lagu dari Kaset tersebut tiba-tiba dia kembali ke tahun 1998. 

a time called you


Apa yang mengejutkan Jun Hee ialah ketika dia sedar, dia berada di hospital dan disebelahnya adalah seorang lelaki yang tak ubah seperti Yeon Ju. Sedangkan lelaki tersebut adalah Nam Si Heon. Jun Hee hanya mengingati bahawa dia kemalangan jalan raya.

Nam Si Heon  terpinga-pinga apabila Min Ju memeluk nya dan memanggilnya Yeon Ju. Sedangkan selama ini Min Ju yang dia kenali adalah seorang gadis yang sangat pemalu walaupun sebelum ini Min Ju pernah meluahkan perasaan padanya dan demi In Gyu , Si Heon menolak cinta Min Ju.

a time called you


Jun Hee juga hairan mengapa lelaki yang seiras dengan teman lelakinya itu memanggilnya dengan nama Min Ju. Ketika itulah Jun Hee sedar bahawa dia kembali ke tahun 1998 sebagai diri Min Ju.

Dalam Masa yang sama Jung In Gyu sangat menyukai Min Ju. Dia dapat merasakan kesedihan Min Ju yang sentiasa disisihkan oleh kawan-kawan dan guru di sekolah. Namun dia menyedari perubahan sikap Min Ju sejak Min Ju kemalangan. Min Ju bukan lagi gadis yang pemalu.

a time called you


Jun Hee ingin tahu apakah sebenarnya yang berlaku kepadanya dan mengapakah dia kembali ke tahun 1998 serta kaitan Nam si Heon dan Yeon JU

A Time Called You Cast

Ahn Hyo Seop

Jeon Yeo Bin

Kang Hoon

Seo Ye Hwa

Park Hyuk Kwon

Jang Hye Jin

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. macam melodrama sangat. nantilah kalau dah habis cerita yang tengok sekarang baru pertimbangkan utuk menonton

    BalasPadam