BEHIND YOUR TOUCH

BEHIND YOUR TOUCH | Menampilkan Han Ji  Min sebagai teraju utama drama ini ditayangkan di Netflix sejak 12 August lalu . Drama ini diarahkan oleh Kim Suk Yoon yang pernah mengarahkan drama popular My Liberation Notes dan My Wife's Having an Affair this Week. 

BEHIND YOUR TOUCH


Behind Your Touch didatangkan dengan 16 episod dengan genre komedi. Menurut Han Ji Min dia merasa sangat gembira ketika di set pengambaran namun di hari akhir pengambaran dia menangis kerana telah bekerja bersungguh-sungguh untuk drama ini.

Review Behind Your Touch

Kalau Han Ji Min kata dia dah melakukan yang terbaik untuk drama ni, saya sangat-sangat bersetuju. Bila penonton ketawa terbahak-bahak masa menonton drama ni , bermakna hasil kerja nya memang tiptop. 

Saya suka sangat dengan jalan cerita dan babak komedi dalam drama ni. Babak komedi yang sangat menjadi dan betul-betul kelakar.  Jalan cerita menarik kerana ada melibatkan kes-kes jenayah di sebuah kawasan kampung.

BEHIND YOUR TOUCH


Sehingga artikel ni ditulis, Behind Your Touch baru memasuki episod ke 2 untuk minggu pertama. 2 episod awal dah cukup-cukup menghiburkan. Banyak babak komedi dan babak-babak menarik dalam drama ni menjadikan drama ni tak bosan di tonton.

BACA: MIRACULOUS BROTHER

Ditambah dengan imej Bong Ye Bun yang dilakonkan oleh Han Ji Min, sangat berbeza dengan watak yang dia pernah bawak sebelum ni.Pelakon lain juga sangat menyerlah waktu adegan-adegan komedi. Boleh dikatakan ini drama komedi yang betul-betul kelakar. Bukan Han Ji Min saja yang menarik untuk di tonton dalam drama ni tapi ramai lagi.

BEHIND YOUR TOUCH


Sinopsis Behind Your Touch -Kdrama 2023 On Netflix

Behind Your Touch mengisahkan Bong Ye Bun seorang doktor haiwan yang membuka perniagaan nya di kampung datuknya. Sejak dia bersekolah dia kehilangan ibunya yang meninggal dunia. Kemudian dia dibawa ke kampung tersebut dan tinggal dengan ibu saudara dan datuknya. Walaupun Datuknya bersikap dingin dengan nya dia tetap menyayangi keluarganya.

BEHIND YOUR TOUCH


Perniagaan klinik haiwan tidak memberikan pendapatan lumayan pada Bong Ye Bun sehinggalah satu hari cahaya meteor memancar dan terkena pada tangan nya sewaktu dia menyentuh punggung seekor lembu.

Sejak itu Bong Ye Bun mendapat satu kuasa luar biasa. Dia mampu melihat apa yang pernah dilihat orang lain  termasuk haiwan dengan hanya menyentuh punggung mereka.

Moon Jang Yeol seorang detektif yang bercita-cita tinggi. Dia ditugaskan untuk mengesan aktiviti jenayah di kampung tersebut. Pertemuan nya dengan Bong ye Bun tidak bermula dengan baik apabila Bong Ye Bun di tangkap kerana cuba menyentuh punggung seorang lelaki di dalam bas. 

Behind Your Touch


Sejak itu Moon Jang Yeol menganggap Bong Ye Bun seorang perempuan gatal.

Behind Your Touch Casts.

Han Ji Min

Lee Min Ki

Kim Sun Woo

Bae Ok Hui

Park Sung Yeon

Won Jung Muk

Jo Min Kook


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. saya suka lee min ki... tiap minggu tunggu nak tengok muka blur sotong dia tu

    BalasPadam