TARIKH SPM 2023 DIPERCEPATKAN PADA 5 DISEMBER . KEMENTERIAN PENDIDIKAN AKAN BUAT PENGUMUMAN RASMI

TARIKH SPM 2023 DIPERCEPATKAN PADA 5 DISEMBER . KEMENTERIAN PENDIDIKAN AKAN BUAT PENGUMUMAN RASMI | Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengumumkan tarikh baru Sijil Pelajaran Malaysia SPM  tidak lama lagi. SPM di jangka akan dilangsungkan pada 5 Disember 2023 , lebih awal dari tahun lepas.

Tarikh peperiksaan SPM 2023


Tidak seperti tahun lepas, SPM diadakan pada bulan Januari. Ini disebabkan pendemik yang berlaku telah mengubah kalender akademik sejak berlakunya covid-19.

Walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga kini, keseluruhan jadual SPM 2023 telah disiarkan di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia KPM pada Jumaat (18 Ogos).

BACAINI LAH WAJAH ORANG YANG MENDERA BUDAK LELAKI DI PASIR GUDANG

Sehubungan itu, seperti dilaporkan Astro Awani , Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menjelaskan bahawa kenyataan rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi, walaupun beliau tidak mengesahkan mahupun menafikan jadual SPM 2023 yang disiarkan di laman web tersebut.

Menteri umum tarikh SPM 2023

Berdasarkan jadual yang diterbitkan, SPM 2023 akan berlangsung dari 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024. Peperiksaan pertama ialah Fizik Kertas 3 atau Peperiksaan Amali Sains Fizik (Kod 4531/3) yang akan bermula pada 5 Disember.

Ini akan diikuti dengan Peperiksaan Pengucapan Bahasa Melayu pada 8 Januari. Bagi peperiksaan bertulis pula,  akan dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu pada 30 Januari 2024.

Download jadual Peperiksaan SPM 2023  

Catat Ulasan

0 Ulasan