AZHAR SULAIMAN JUAL NOMBOR PENDAFTARAN KERETA NISSAN MURANO MILIKNYA DENGAN HARGA RM1.85 JUTA

AZHAR SULAIMAN JUAL NOMBOR PENDAFTARAN KERETA NISSAN MURANO MILIKNYA DENGAN HARGA RM1.85 JUTA |  Selain kereta yang menarik, no pendaftaran kenderaan yang 'cantik' juga sering menjadi buruan orang ramai. Semakin unik nombor pendaftaran tersebut, semakin mahal harganya dan ada yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan hasratnya untuk menjual nombor pendaftaran kereta nya , MAF14 dengan harga RM1.85 juta.




"Harap Maklum Malaysian Mafias…..

Bidding for Ownership Akan Ditutup Pada 12am 24th August 2023

Good Luck To All Mafia Applicants." tulisnya di posting instagram miliknya pada 22.8.2023.

BACA BIODATA AMIR AHNAF DAN GAMBAR-GAMBAR AMIR AHNAF

Aktor tersebut juga turut mempamerkan gambar dia sedang memegang cukai jalan nombor pendaftaran tersebut untuk membuktikan bahawa dia adalah pemilik sebenar MAF14.

Sehingga kini masih belum tiada update terbaru dari beliau berkenaan perkara tersebut sama ada nombor tersebut sudah mempunyai pemilik baru atau pun belum.

Sebelum ini nombor pendaftaran kereta Tengku Mahkota Johor,  FF1 pernah menerima harga paling tinggi iaitu RM1.2 juta dan dijual pada Jun lalu. 

Catat Ulasan

0 Ulasan