RESEPI TAKOYAKI YANG SIMPLE DAN SOS TAKOYAKI YANG PALING SEDAP

RESEPI TAKOYAKI YANG SIMPLE DAN SOS TAKOYAKI YANG PALING SEDAP | Street food yang paling digemari anak-anak saya ialah Takoyaki. Kalau jumpa kedai Takoyaki wajib beli. Tak beli boleh merajuk. Tapi harga Takoyaki ni memang agak keras sikit la. Sebiji RM1 itu biasa . Kalau Takoyaki premium , isi sotong besar-besar ada yang sampai sebiji RM2. Kalau jumpa yang murah tu kira bonus la.

Takoyaki


Walaupun harganya mahal tapi anak-anak saya boleh makan Takoyaki setiap hari sebab selalunya saya akan buat Takoyaki sendiri je. Tak payah beli. Kadang-kadang sarapan pagi sebelum ke sekolah pun saya buat takoyaki atas permintaan anak-anak.

Takoyaki sepatutnya ada sotong  tapi kalau dah sampai Malaysia ni mana boleh ikut peraturan. Kan? Haruslah derhaka sikit. Seab tu kat Malaysia dalam Takoyaki ada yang letak sosej, ada yang letak udang dan sebagainya

Pan Takoyaki ni saya guna kakak saya punya je. Nanti kalau balik kampung kena hantar semula la sebab dia pun suka masak Takoyaki. Nampaknya kena la beli pan Takoyaki pulak. Heheh.

Awal-awal dulu saya beli je tepung Takoyaki melalui online. Tapi bila tengok anak memang suka Takoyaki saya bancuh tepung sendiri untuk buat takoyaki. Kadang-kadang saya buat tepung segera. Simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan dalam 5-7 hari. Nak bancuh ceduk je dalam bekas.

Kalau korang rasa nak buat Takoyaki di rumah boleh la guna resepi yang saya sediakan ni. Buat masa ni anak-anak memang cakap sedap . Dan tak pernah jemu lagi. Saya sendiri pun tak tau bila la budak-budak ni nak jemu makan takoyaki. Haha.

Resepi Takoyaki Paling Sedap

Untuk resepi ni saya buat stock untuk tepung sekali tau. Jadi kalau korang nak masak, korang ambik 1 cawan dan terus bancuh saja . Baki tepung yang ada korang boleh simpan dalam bekas kedap udara . Kalau letak diluar boleh tahan 2-3 hari . Tapi saya letak dalam peti sejuk. Tahan 1 minggu.

Buat Takoyaki ni ada 3 bahagian. Tepung, Sos dan topping.Jom kita buat step by step.

Resepi Tepung Takoyaki

4 cawan tepung gandum

2 sudu besar baking powder

4 sudu besar tepung jagung

2 sudu Secukup Rasa Maggi

Kacau semuanya sehingga sebati dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tepung takoyaki


Cara bancuh Tepung Takoyaki: Hidangan 20 biji

1 cawan Tepung Takoyaki.

1 biji telur

1 sudu kecil minyak masak

500ml air

Bahan dalam Takoyaki

Kobis

Daun bawang

sedikit sotong, udang, sosej (ikut citarasa sendiri). Potong kecil-kecil supaya boleh masuk dalam takoyaki nanti.

Cara penyediaan Takoyaki

1. Campur Tepung, telur dan minyak masak dan kacau hingga sebati. Adunan mesti lah sedikit cair, Kalau pekat macam bancuhan jemput-jemput sila tambah lagi sikit air sampai adunan cair. 

Bancuhan tepung takoyaki


2. Dengan api perlahan ,panaskan Pan dan sapu majerin atau butter dalam permukaan pan. kemudian boleh la tuang bancuhan tadi. 

3. Masuk kan bahan dalam takoyaki. tak nak letak sayuran pun boleh.

Masuk kan sikit saja . kalau banyak pun boleh cuma susah sikit nak handle dia punya kecah tu nanti. Tunggu sampai permukaan atas sedikit masak.

BACARASEPI PAJERI TERUNG PALING SIMPLE DAN SEDAP

4. Guna lidi untuk senget kan sedikit Takoyaki, dan tuang sedikit lagi bancuhan Takoyaki kemudian tutup bhagian yang baru tuang dengan bahagian takoyaki yang dah terbentuk separa bulat. Boleh tengok youtube teknik ni tau. Senang je.

Homemade takoyaki


Bila bahagian bawah pun dah masak, cucuk lidi pada takoyaki. Kalau bahagian dalam tak melekat pada lidi maknanya dah masak la. Boleh angkat dan masuk kan dalam pinggan.

Cara Buat Sos Takoyaki Paling Sedap

Seeloknya korang buat je sos takoyaki ni banyak-banyak sebab sos ni sangat sedap. Boleh simpan lama dalam peti sejuk. Dalam sos ni saya ada masuk kan tepung jagung untuk buat dia pekat. 

Sebab tu sos ni kalau masuk dalam peti sejuk , nak guna nanti letak kan sedikit air panas dan kacau atau goncang je supaya dia sedikit mencair lah. 

Resepi di bawah ni sebanyak 1 botol besar sos.

Homemade sos takoyaki


Bahan-Bahan Buat Sos Takoyaki

2 senduk kicap lemak manis kipas udang

2 senduk Sos Cili 

5 ulas bawang putih di ketuk

1 senduk gula pasir

2 sudu besar air asam jawa

2 cawan air

2 sudu kecil tepung jagung bancuh kan dengan 1/2 cawan air.

Cara penyediaan:

Masuk kan semua bahan dalam periuk kecuali air tepung jagung. Masak sampai mendidih. 

Kemudian tutup api dan terus masuk kan air tepung jagung.kacau sampai sebati.

Bahan untuk Topping Takoyaki

Selalunya bahan topping Takoyaki ni saya beli je semuanya kecuali sos nya. Boleh tengok resepi sos diatas yang saya kongsikan ni.. Bahan topping ni boleh beli di pasaraya ataupun online. Tapi ikut pengalaman saya beli di pasaraya lebih murah dan lebih banyak pilihan. 

Takoyaki sedap



Tapi terserah lah. Beli di online pun ok jugak. Tak de masalah . Rasanya sama saja.

Bahan Topping Takoyaki :

Mayonis

Bonito flakes

Seaweed Aonori

Sos Takoyaki

Cara hidang takoyaki.

Bahagian atas, letak sos 1 layer. Kemudian tabur seaweed Aonori. Letak mayonis 1 layer. dan bahagian atas letak Bonito flakes. Letak sos 1 layer lagi dan mayonis satu layer. Dah siap.

Topping takoyaki



Ini cara yang saya buat untuk anak-anak . 

Kalau untuk saya sendiri , bahagian atas , selepas letak bonito flakes saya dah tak letak sos dan mayonis. Sedap dan boleh makan puas-puas.

Caranya mungkin nampak renyah. Tapi sebenarnya sangat mudah dan simple. sebab tu saya boleh masak takoyaki setiap hari sebab caranya memang mudah.

Catat Ulasan

0 Ulasan