INI LAH WAJAH ORANG YANG MENDERA BUDAK LELAKI DI PASIR GUDANG

INI LAH WAJAH ORANG YANG MENDERA BUDAK LELAKI DI PASIR GUDANG  | Mengucap panjang masa saya tengok satu video dimana seorang budak lelaki menangis kerana didera 2 orang dewasa yang dikatakan ibu dan juga kekasih kepada si ibu tersebut.

kes dera di pasir gudang johor


Kekasih kepada ibu kanak-kanak itu juga bukan lah seorang lelaki tapi seorang wanita yang berperwatakan lelaki ataupun pengkid. Bukan saya saja yang marah. Netizen yang melihat video tersebut jugak tak dapat menahan kemarahan masing-masing dan mengecam tindakan 2 orang tersebut.

kes dera Pasir gGudang Johor.


Kes ni jugak mendapat perhatian YAM Che Puan Besar Khaleeda yang menyatakan dia sangat berterima kasih kepada orang ramai, komuniti setempat dan pihak berkuasa yang pantas bertindak menyelamatkan kanak-kanak yang berusia 7 tahun itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Nancy Shukri juga telah memberi respon akan kes ini dan mengatakan tindakan jiran-jiran yang melaporkan kejadian tersebut patut dijadikan contoh.

Kes dera Pasir Gudang



Penderaan kanak-kanak bukan isu kecil. Ianya memang patut diberikan perhatian yang serius.

Semalam tersebar satu video menunjuk kan dimana sekumpulan penduduk taman Perumahan Bandar Layang Kasa Pasir Gudang ,menahan 2 wanita sambil wanita tersebut menangis sambil merayu meminta maaf. 2 Wanita tersebut dikatakan telah mendera anak lelaki wanita tersebut yang berusia 7 tahun.

Keadaan tubuh badan kanak-kanak lelaki tersebut sangat memilukan. terdapat luka besar yang banyak dibelakang kanak-kanak itu.

Kedua-dua wanita terbabit sudah ditahan pihak polis dan akan di dakwa,

Kanak-kanak malang berusia 7 tahun juga sudah di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kes dera Pasir Gudang Johor
Dalam kenyataan Media oleh PDRM menyatakan wanita yang berperwatakan lelaki tersebut adalah seorang warga asing .  Mendapat maklumat dari Twitter juga mengatakan wanita pengkid tersebut berasal dari Singapura.

Semoga mereka berdua dikenakan hukuman yang berat atas apa yang sudah dilakukan. Kejadian tersebut pasti akan meninggalkan kenangan pahit buat anak malang tersebut. 


Catat Ulasan

0 Ulasan