THE FIRST RESPONDERS 2

THE FIRST RESPONDERS 2 | Kembali dengan musim ke 2, kdrama the First Responders 2 menampilkan pelakon Kim Rae Won,  Son Ho Jun dan Gong Seung Yeon. Kdrama ini di tulis oleh Min Ji Eun yang pernah terlibat dalam drama Partners Of Justice 1 dan 2. Drama ini juga di arahkan oleh Shin Kyung Soo yang pernah mengarahkan drama Joseon Exorcist pada tahun 2021.

The first responders 2


Kdrama The First Responders di siarkan pada tahun 2022 dengan penulis dan pengarah yang sama. Drama ini mendapat respon yang sangat baik dari penonton dan pihak produksi bersetuju untuk menyambung siri ini untuk musim kedua.

Review The First Responders 2

Saya rasa kecewa sangat dengan drama ni. Ada beberapa perkara yang saya tak setuju dengan drama ni memandangkan saya peminat drama ni masa musim pertama dulu. Saya rasa bukan saya seorang saja yang ada perasaan macam ni. Tapi ramai..

Pertama nya tentang masa tayangan drama ni untuk episod berbaki. Semua tahu untuk musim pertama sepatutnya ada 16 episod tapi drama ni cuma ditayangkan 12 episod saja. Dulu pun saya dah kecewa sebab isu 4 episod lagi tak ditayangkan ni.

The first responders 2


Untuk Musim kedua mereka mula menayangkan baki 4 episod dari musim pertama. Selepas 8 bulan tau. Dan lebih mengecewakan lagi rupa-rupanya watak Bong Do Jin dimatikan. Bong Do Jin yang dipegang oleh Son Ho Jun, mati dalam satu kebakaran besar di sebuah bangunan lama. Episod tu ditayangkan pada musim kedua ni.

Macam menipu penonton je sebab nak suruh tonton musim kedua sedangkan musim kedua Bong Do Jin dah tak de. Poster dan thriller drama juga menggunakan Son Ho Jun dalam promosi mereka. Tapi yang sebenarnya Son Ho Jun tak ada . Dah mati. geram betul haih!!

Musim kedua yang sebenar-benarnya hanya bermula pada episod ke 5 nanti . Faham tak?

So untuk musim kedua ni , masih tak tahu apa jalan cerita sebenar The First Responders 2sebab sehingga sekarang episod yang disiarkan adalah episod berbaki dari musim 1.

Korang yang nak menonton kdrama The first responders 2 boleh di tonton di Disney+hotstar .

The first responders 2




Cuma produksi mendedahkan untuk musim ke 2, semua misteri dari musim pertama akan dirungkai satu persatu dan tentang hubungan Jin Ho Gae dan Song Seol yang sebenarnya sudah terjalin secara tak langsung.

BACA: REVIEW DAN SINOPSIS : UNLOCK MY BOSS

Begitu juga dengan dendam Ma Tae Hwa yang tak ketahuan sejak musim pertama. Dah masuk ke musim kedua pun masih tak tahu hujung pangkal dendam Ma Tae hwa.

Dengan semua ketidak puasan hati saya terhadap drama ni yang masih tak tahu hala tuju saya rasa cukup lah setakat ni sahaja saya follow drama ni. 

The first responders 2


Tapi saya akui drama ni ada bagusnya jugak. ada banyak tips yang di kongsi untuk kita boleh guna terutamanya dalam keadaan kecemasan. Saya mungkin akan tonton sekali sekala untuk menambah pengetahuan. Hahah. Tapi untuk mengikuti jalan cerita kehidupan dan konflik setiap watak rasanya tak perlu.  

Sinopsis The First Responders 2

Sinopsis akan dikemaskini selepas saya tonton The First Responders 2 

The First Responders 2 Cast

Kim Rae Won

Gong Seung Yeon

Kang Ki Doong

Ji Woo

Seo Hyun Chul.

Catat Ulasan

0 Ulasan