KISAH SERAM BERCUTI DI BANGKOK

KISAH SERAM BERCUTI DI BANGKOK | Mengikut kalendar Cina setiap tahun pada bulan ke 7 , perayaan Hantu Lapar akan disambut oleh masyarakat cina. Untuk tahun 2023 ini, perayaan hantu lapar akan disambut bermula pada 16 Ogos sehingga 14 September.

Perayaan hantu lapar


Sepanjang tempoh perayaan ini, mereka yang hidup akan menyediakan makanan, wang, hiburan dan keperluan harian untuk hantu-hantu.

Ini bagi menenangkan roh-roh ahli keluarga sudah mati dan juga sebagai tanda ketaatan anak cucu kepada moyang mereka. Semua yang disediakan ini juga adalah supaya dapat mengelak kan gangguan-gangguan.

Masyarakat Cina juga melarang anak cucu mereka dari berkeliaran diluar rumah pada malam hari kerana takut diganggu hantu-hantu.

BACADIGANGGU LELAKI PSYCOPATH TIDAK DIKENALI - MASUK KE DALAM RUMAH DAN ROSAK KAN BARANG-BARANG. SEMPAT TWEET GAMBAR DIDALAM RUMAH MANGSA

Jadi sempena dengan perayaan hantu lapar ni ,saya nak ceritakan satu kisah seram yang berlaku pada seorang gadis .

Seorang gadis yang bercuti di Bangkok bersama rakan-rakan nya menceritakan satu kejadian seram ketika dia bercuti di Bangkok .

Bangkok
Gambar sekadar hiasan


Dia memaklumkan bahawa itu lah kali pertama dia mengembara ke negara itu. Ketika itu dia hanya berusia 21 tahun dan itulah percutian pertamanya keluar negara bersama rakan-rakan nya. Sepatutnya percutian mereka menjadi percutian yang menarik tapi ianya berakhir dengan ketakutan dan trauma seumur hidup.

Semuanya bermula ketika dia berjalan di sebuah pasar. Awalnya di tidak merasakan apa-apa. Dia sangat teruja ketika melalui satu lorong di situ. Tiba-tiba dia merasa seperti ada seseorang menyentuh pergelangan kakinya. 

Namun dia tidak merasakan itu adalah satu perkara yang buruk. Mungkin dia terlanggar sampah atau pun tikus. Walaupun dia tidak melihat sebarang sampah dan tikus dia situ, dia meneruskan perjalanan nya.

Tak lama kemudian, sekali lagi dia dapat rasa seolah-olah kakinya di cengkam dengan kuat dan dia yakin ada seseorang yang menyentuh kakinya. Dia dapat merasakan cengkaman tangan dan jari yang menyentuh kakinya.

kejadian seram di Bangkok


Dia menjerit sekuat hati hingga membuatkan rakan-rakan nya juga terkejut. Rakan-rakan nya hanya memujuk dan mengatakan ianya hanya seekor tikus. Tapi dia yakin itu bukan tikus. 

Kejadian tersebut menyebabkan dia ketakutan dan dia hanya mampu mengurung dirinya didalam bilik hotel. Selepas hari ke empat baru lah dia keluar dari bilik hotel untuk pulang menuju ke lapangan terbang.

Kejadian tersebut menyebabkan dia trauma dan tidak akan lagi menjejak kan kaki ke Bangkok lagi. sumber: Quan Play

Catat Ulasan

0 Ulasan