CARA MUDAH MERAWAT TUMIT KAKI PECAH TANPA MENGGUNAKAN UBAT

CARA MUDAH MERAWAT TUMIT KAKI PECAH TANPA MENGGUNAKAN UBAT |  Tumit pecah bukan sahaja mengganggu penampilan, tetapi juga menjadikan kaki kita tidak selesa. Jika keadaan menjadi serius kaki akan berasa pedih akibat tumit yang merekah.

tumit pecah


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tumit kaki pecah. Kaki terutama tumit kelihatan merekah kerana kulit kering dan mengeras.

Kulit di kawasan tumit lebih tebal daripada bahagian belakang dan tapak kaki. Tekanan berterusan membuatkan kulit tumit mengeras mengakibatkan kesan rekahan atau pecah.Banyak faktor yang menyebabkan tumit pecah. Antaranya ialah kurang minum air, berjalan diatas permukaan yang kasar, kaki terlalu kerap terdedah diatas lantai simen, berat badan berlebihan, memakai kasut tumit tinggi terlalu kerap dan juga jangkitan kulat.

Saya sendiri pernah mengalami tumit kaki pecah-pecah dan aktiviti seharian menjadi tidak selesa terutamanya ketika tidur. Fabrik cadar yang tak sesuai membuatkan kaki tidak selesa apa bila terkena cadar. Selain itu jika keadaan tumit pecah meninggalkan luka, rasa pedih dan sakit apabila memijak lantai yang basah.

TUMIT PECAH-PECAH


Terdapat beberapa cara dan rawatan yang saya lakukan untuk mengatasi masalah tumit pecah. Kini masalah tumit pecah dapat diselesaikan dengan mudah . Namun penjagaan kaki perlu dilakukan berterusan agar tumit pecah tidak berulang lagi.

Berikut adalah cara dan rawatan yang saya lakukan sendiri dirumah untuk merawat tumit kaki pecah:

1. Rendam Kaki dalam Air garam

Perkara pertama yang saya lakukan ialah merendam kaki dalam air suam yang dicampur dengan Epsom Salt. 

cara rawat tumit pecah


Saya menggunakan garam ini seminggu 2-3 kali untuk merendam kaki. Garam ini adalah sebatian kimia yang terdiri daripada magnesium, sulfur, dan oksigen . Saya guna garam ni untuk  mengurangkan kotoran pada kaki dan melembutkan tumit kasar. Rendaman air garam ni juga buat saya tidur lena

BACACIRI-CIRI TAHI LALAT YANG MERBAHAYA DI TUBUH DAN WAJAH ANDA

2. Gosok tumit dengan berus halus

Memberus tumit dengan berus yang halus adalah supaya dapat membuang kulit2 kering yang merekah pada tumit. Kulit-kulit kering ini lah yang membuatkan rasa tidak selesa saya sewaktu tidur. Cara ini juga dapat melicinkan kulit dan mengurangkan rasa tidak selesa. Lakukan setiap 2 hari  agar kulit mati tanggal. Korang boleh juga guna batu apung yang korang boleh dapat di sungai-sungai. Saya tak de batu apung jadi saya guna berus haus saja.

3. Sapukan Pelembap

Ini adalah cara wajib setiap malam dan setiap waktu tengahari yang saya akan lakukan. Sapu pelembab pada kaki sebelum tidur. Saya juga memastikan pelembab disapu pada setiap waktu tenghari kerana waktu ini cuaca biasanya sangat panas dan tumit kaki akan berasa sangat kering dan tidak selesa.Gunakan losyen pelembab yang mengandungi AHA (Alpha HydroxyAcid) atau boleh sapu jeli petroleum.

4. Memakai stoking

Selepas memakai losyen pelembab saya akan pakai stoking atau sarung kaki agar losyen pelembab tahan lama. Cara ni juga akan mengekalkan kelembapan pada kaki saya dan kulit kaki dapat menyerap nutien dari losyen tersebut. Waktu tidur juga saya akan memakai stoking dan ianya membuatkan kaki saya lebih selesa dan saya dapat tidur dengan nyenyak.

tumit pecah


5. Pakai kasut setiap kali keluar

Menjadi kebiasaan bagi saya untuk keluar memakai kasut. Saya akan mengelak kan dari memakai sandal atau selipar yang membuatkan kaki saya terdedah. Pada awalnya saya memakai kasut kerana rasa rendah diri dan risau jika ada sesiapa ternampak tumit kaki saya yang pecah. Namun lama kelamaan saya melihat dengan memakai kasut kaki saya kekal lembab dan tidak terdedah pada habuk dan kotoran.Ini membuatkan tumit pecah pada kaki saya lebih mudah dirawat.

Pastikan korang gunakan pelapik kasut yang lembut dan kasut yang tidak terlalu ketat supaya korang boleh pakai kasut lebih lama dengan selesa.

6. Pakai Selipar Ketika Di Rumah

Cara terakhir yang saya gunakan untuk merawat tumit pecah ialah dengan memakai sandal atau selipar di rumah terutamanya di dapur. Memakai selipar dirumah juga boleh merawat masalah tumit pecah apa lagi jika ada bahagian lantai rumah kita yang mempunyai lantai simen atau permukaan lantai yang kesat.

Begitulah cara saya merawat tumit pecah. Semoga artikel ini dapat membantu korang juga dalam merawat tumit kaki pecah.

Catat Ulasan

0 Ulasan