BATTLE FOR HAPPINESS

BATTLE FOR HAPPINESS | Drama televisyen Korea Battle For Happiness dibintangi oleh Lee El, Jin Seo Yeon, Cha Ye Ryun dan ramai lagi mula bersiaran sejak 31 Mei 2023 yng lalu. Drama ini diadaptasi dari sebuah novel berjudul Happiness Battle karya Joo Young Ha. 

Battle For Happiness


Drama dengan genre thriller dan pembunuhan ini berada di rating yang cukup baik selepas 2 minggu ditayangkan. Malah pengarah dan penerbit drama ini juga memuji pelakon-pelakon yang terlinbat kerana menampilkan tahap lakonan yang berbeza dan memberikan yang terbaik.

Review Battle For Happiness

Untuk 4 episod awal drama ini , saya boleh katakan drama ini mempunyai jalan cerita yang cukup menarik dan setiap episod penuh dengan suspend. Saya memang tak pernah membaca novel Battle Happiness dan saya percaya ramai yang seperti saya juga. Jadi kejutan awal memang tak dijangka bila salah satu watak utama mati dibunuh.

Selalunya watak yang menjadi sorotan bertahan sampai ke hujung episod tapi rupanya dimatikan. Itu lah yang menjadi tanda tanya penonton drama ni. kat situ je dah nampak drama ni akan ada banyak lagi kejutan. 

Battle For Happiness


Drama ni mengingatkan saya pada drama popular 2022 , Green Mother Club. Drama yang misteri penuh suspend dan konflik. Cuma untuk drama Battle For Happiness tumpuan diberikan adalah kepada siapa yang membunuh Oh Yoo Jin. 

Selain jalan cerita , lakonan setiap pelakon juga memang terbaik. Sampaikan saya sendiri rasa menyampah betul dengan ibu-ibu yang sibuk bersaing untuk semata-mata nak mengejar kemasyuran di sosial media. 

Where to watch Battle For Happiness? Kdrama Battle For Happiness boleh di tonton di Prime dan website kissasian.

Sinopsis Battle For Happiness Kdrama 2023

Battle For Happiness mengisahkan sekumpulan ibu-ibu yang mengejar kemasyuran disosial media dengan menunjuk kan sisi kehidupan mereka yang baik-baik sahaja. Sedangkan hakikatnya mereka saling bermuka-muka dan penuh dengan iri hati dan ingin menjatuhkan satu sama lain.

Oh Yoo Jin seorang ibu yang dianggap sempurna dan mempunyai ramai pengikut disosial media. Dia sering menunjuk kan kebahagian, kebaikan dan peranan nya sebagai ibu dan isteri yang baik. Disebabkan itu sekumpulan ibu -ibu yang lain terdiri dari Song Jeong A, Kim Na Young dan Hwang Ji Ye sering tidak berpuas hati dengan Oh Yoo Jin.

Battle For Happiness


Walaupun mereka sering mensasarkan Oh Yoo Jin namun mereka tidak dapat mengalahkan nya sehinggalah satu hari Oh Yoo Jin ditemui mati di bunuh dan suaminya luka parah. 

Oh Yoo Jin mempunyai saudara tiri yang sudah lama terpisah disebabkan persengketaan lama. Sebelum Oh Yoo Jin mati dia sempat bertemu dengan saudara tirinya, Jang Mo Hi dalam suasana yang tegang. Kematian Oh Yoo Jin memberi kesan pada Jang Mi Ho. Dia juga terpaksa menjaga anak-anak saudaranya.

BACAMY PERFECT STRANGER - KDRAMA 2023

Katika itulah dia mengenali ibu-ibu lain yang mencurigakan dan ini membuatkan Jang Mi Ho mula merasakan ibu-ibu tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan pembunuhan saudara tirinya.

Battle For Happiness Cast

Lee El

Jin Seo Yeon

Cha Ye Ryun

Park Hyo Joo

Woo Jung Won

Lee Je Yeon

Kim Young Hoon

Lee Gyu Han

 

Catat Ulasan

0 Ulasan