HUKUM MENGGUNAKAN PRODUK MENGANDUNGI SAKE DALAM PRODUK PENJAGAAN DIRI

HUKUM MENGGUNAKAN PRODUK MENGANDUNGI SAKE DALAM PRODUK PENJAGAAN DIRI | Sake adalah sejenis minuman arak yang biasa didapati dalam kalangan bangsa Jepun. Ia diperbuat daripada proses penapaian kanji beras untuk mengeluarkan dedak beras. Sake juga disebut sebagai Shu yang merujuk kepada semua jenis minuman beralkohol dalam bahasa Jepun. Sake juga terdapat dalam makanan terutamanya pes makanan di Jepun.

sake



Bagaimana pula dalam produk penjagaan diri? Sake juga terdapat dalam produk penjagaan diri seperti cleansing oil, cecair mandian, face mask dan banyak lagi produk penjagaan diri dan kosmetik.Sake dalam skincare.


Sake kaya dengan enzim yang membolehkan proses mengelupas dengan lapisan atas kulit tanpa menghilangkan kelembapan pada kulit. Kepekatan asid amino dan sakarida yang tinggi juga membantu melicinkan tekstur kulit yang tidak sekata, mengekalkan keanjalan dan menambah nutrien pada kulit. Disebabkan itu banyak produk mengandungi sake kerana keberkesanan nya.

Namun bagaimana bagi mereka yang beragama islam? Adakah orang islam boleh menggunakan produk yang mengandungi sake?

Hukum Menggunakan Produk Mengandungi Sake.


Islam melarang umatnya dari meminum arak dan alkohol. Ini juga termasuk dengan penggunaan produk kesihatan, kosmetik dan penjagaan diri yang mengandungi sake.

Sake dalam produk kecantikan



Dalam islam sake termasuk dalam golongan najis kerana ia boleh memabuk kan. Walaupun dalam produk kecantikan dan penjagaan diri sake tidak boleh digunakan kerana Allah tidak menjadikan najis dan perkara haram sebagai penawar dalam kehidupan kita.

Pembuatan arak berbeza dengan pembuatan alkohol. Sake tidak seperti arak jenis lain sedang alkohol (etanol) terhasil selepas proses penapaian yang hadir secara semula jadi dalam buah, biasanya buah anggur, Oleh itu alkohol dalam produk kosmetik dan kecantikan masih boleh digunakan dengan kuantiti terhad.


Kesimpulan nya penggunaan sake dalam produk kecantikan adalah haram disisi agama islam. Hukum guna produk ada sake.Hukum sake dalam kosmetik.

Produk kecantikan dan penjagaan diri yang mengandungi Galactomyces dari Sake 

Terdapat banyak produk kecantikan, kosmetik dan penjagaan diri dari jepun yang mengandungi Sake. Sebagai umat islam anda haruslah berhati-hati dan meneliti isi kandungi di label produk untuk mengetahui sama ada terdapat sake di dalam produk tersebut.

produk mengandungi galactomyces



Namun terdapat istilah Galactomyces yang terhasil dari pembuatan sake. Galactomyces ini banyak terdapat dalam produk kecantikan. Ini yang menjadi kekeliruan ramai dari kita. Adakah galactomyces haram digunakan?

Galactomyces yang dihasilkan untuk produk kosmetik dan kecantikan boleh digunakan. Ianya tidak sama dengan galactomyces yang dihasilkan untuk membuat arak. 

Catat Ulasan

0 Ulasan