RUTIN PENJAGAAN KULIT WAJAH SEHARIAN AGAR KULIT SIHAT CANTIK DAN BERSERI.

RUTIN PENJAGAAN KULIT WAJAH SEHARIAN AGAR KULIT SIHAT CANTIK DAN BERSERI |  Tahun ni saya sudah masuk ke usia 42 tahun. Sejak beberapa tahun ini saya sering memerhatikan proses penuaan kulit saya dan mula mengambil langkah-langkah penjagaan kulit dengan lebih serius. Sejak usia 38 tahun saya perhatikan kulit saya mudah kering, mengelupas ketika mengenakan solekan dan paling serius apabila penggunaan skincare yang salah akan mudah membuat kulit saya lebih kering dan kadangkala terlalu berminyak. 



Bolehkah Tidak Memakai Skincare?

Mengikut pemerhatian saya semakin kita berusia , kita perlu semakin lebih teliti dalam memilih skincare yang tepat untuk kulit kita kerana semakin kita tua, pengeluaran kolagen semakin perlahan, paras elastin dan asid hyaluronik juga turut menurun. Ini bermakna garis-garis halus akan mula terbentuk.

Selain memilih skincare yang sesuai dengan kulit, rutin penjagaan wajah yang konsisten juga menjadi keutamaan saya kerana ianya akan menentukan kulit wajah saya sihat dan berseri.

Sehingga tahun 2019, kulit saya tak stabil. Kadang kala muncul jerawat disebabkan kulit terlalu berminyak dan ada masanya kulit jadi kering dan buat wajah saya nampak kusam. Ketika itu lah saya sedar saya perlu melakukan sesuatu agar saya tidak tua sebelum waktunya. 


Sebelum ini kulit kering saya membuatkan solekan diwajah tak kekal lama dan wajah nampak kusam walaupun mengenakan solekan. Bekas-bekas jerawat juga  sukar ditutup menggunakan solekan ,malah mengenakan solekan membuatkan wajah saya lebih jelas nampak kering.


Saya tahu produk kecantikan yang patut saya gunakan ialah produk yang menstabilkan kembali kulit saya. Bukan yang mengeringkan kulit dan bukan yang membuatkan kulit berminyak berlebihan. Kerana itulah saya memilih Aqua Whitening Cream dan Sunscreen Aloe Vera dari Hansaegee Nature.

Penggunaan yang konsisten kini membuahkan hasil apabila saya bebas dari masalah kulit kering dan berminyak.

Konsisten dengan produk dan rutin penjagaan


Salah satu cara untuk konsisten dengan rutin penjagaan kulit ialah pilih produk yang mudah digunakan. Saya menggunakan produk Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream kerana saya tak perlu menggunakan nya bersama toner atau serum.

Dengan Aqua Whitening Cream  saja ianya bertindak untuk melembabkan kulit dan meneutralkan kulit saya. Saya tak perlu membuat rawatan kulit  di spa atau mengunjungi pakar kulit disebabkan kekangan masa. Produk yang mudah digunakan begini akan membuatkan saya lebih konsisten dalam penjagaan kulit wajah.





Rutin penjagaan kulit juga menjadi mudah kerana saya kekal dengan 1 jenama produk sahaja. Saya cukup mengenali produk yang saya gunakan. Dari kandungan bahan sehinggalah cara menggunakan nya. Lebih banyak perkara yang saya tahu tentang produk yang saya gunakan, akan memudahkan lagi saya untuk kekal dengan produk skincare tersebut.

Malah keyakinan saya terhadap skincare yang digunakan juga membuatkan saya terus menggunakannya dengan konsisten. 

Pertama kali saya diperkenalkan dengan Aqua Whitening Cream dan Sunscreen Aloe Vera, terus saya yakin  dengan Hansaegee Nature kerana saya tahu kandungan yang terdapat dalam produk ini ditambah dengan pengalaman yang dikongsi pengguna lain yang dah mencuba Hansaegee Nature.  Sedar tak sedar saya dah menggunakan Aqua Whitening Cream sejak 2019. 

Boleh baca pengalaman saya ketika pertama kali menggunakan produk ini di artikel ini : KULIT MUKA LEMBAB DAN CANTIK SELEPAS SEMINGGU MENGGUNAKAN AQUA WHITENING CREAM HANSEAGEE NATURE




Mengubah gaya hidup juga adalah salah satu cara yang saya gunakan untuk mengembalikan kulit yang neutral.  Salah satunya ialah minum air putih secukupnya dan dapatkan tidur yang cukup. 

Tapi prosesnya agak lambat. Saya pula bukan lah orang yang minum air setiap masa dan menguruskan keluarga juga membuatkan adakalanya saya tidak mendapatkan tidur yang cukup.

Dengan Hansaegee Nature Aqua Cream dan Sunscreen Aloe Vera betul-betul membantu mempercepatkan saya mendapatkan kembali kulit wajah yang lembab seperti yang saya inginkan.

Guna Aqua Whitening Cream Dari Hansaegee Nature 2 kali sehari

Sebenarnya susah saya nak kekalkan kulit lembab terutamanya bila berada dalam kereta atau bilik yang ada pendingin hawa.






Tapi dengan Aqua Whitening Cream kulit saya kekal lembab sampai petang. Bila keluar dari kereta atau bilik yang menggunakan aircond, tak ada lagi rasa tidak selesa pada kulit. Kulit dah tak nampak beminyak. Selalunya kalau kulit wajah terlalu berminyak, memang kulit saya nampak  berkilat setiap kali keluar dari bilik yang ada aircond. memalukan!

Wajib pakai!! 2 kali setiap hari saya akan gunakan  Aqua Whitening Cream untuk merawat kulit kering. Walaupun sekarang kulit dah kembali sihat dan nampak glowing, tiada rasa kering dan mengelupas, saya masih amalkan pemakaian Aqua Whitening Cream setiap hari kerana ianya juga memberi kesegaran pada kulit saya. 





Titisan air dari Aqua Whitening Cream yang terhasil pada kulit membuatkan kulit kekal lembab seharian. Tekstur nya juga lembut dan halus mudah meresap ke dalam kulit.

Cream yang berasaskan air ini bertindak melembab dan mengawal minyak pada kulit wajah. Sebab tu saya masih menggunakan nya sehingga sekarang.

Di usia begini sel kulit juga akan rosak jadi penggunaan Aqua Whitening Cream ni akan membaik pulih sel yang rosak tu dan mencerahkan kulit saya.

Sunscreen Aloe Vera Dari Hansaegee Nature sebagai Rutin Sebelum Keluar Rumah


Rutin harian saya tak kan lengkap tanpa pemakaian sunscreen. saya percaya apa saja produk kecantikan yang kita gunakan tapi jika kita abaikan sunscreen , kulit kita tetap akan mengalami berbagai masalah disebabkan sinaran UV.

Gambar diatas boleh nampak beza wajah bila tak pakai sunscreen. Gambar pertama wajah nampak kusam dan pucat. Bahagian bawah mata juga nampak kelam dan tak bermaya. Berbeza dengan gambar kedua selepas memakai sunscreen, wajah lebih segar, tone kulit juga berubah.

Cukup beberapa hari sahaja tanpa sunscreen dah boleh nampak kulit akan berubah disebabkan sel kulit yang sudah rosak. Tambahan pulak diusia saya ni memang kulit sangat sensitif dengan cahaya matahari.



Tekstur sunscreen yang lembut membuatkan kulit sentiasa dalam keadaan selesa dan ringan. Tiada white cast apabila disapu pada wajah menjadikan kulit nampak neutral dengan tone kulit yang lebih berseri

Antara masalah yang pernah berlaku pada kulit saya akibat tidak memakai sunscreen ialah, kulit kering, bintik hitam, tanda awal jeragat, kulit kusam dan menjadi gelap. Mujur lah saya bertindak cepat dan mula mengambil langkah serius tentang pentingnya rutin penjagaan wajah dengan menggunakan Sunscreen. 

 

Rutin Penjagaan kulit Wajah Seharian.


Cara saya menggunakan skincare diwaktu pagi - Mula-mula saya cuci muka sehingga bersih. Kemudian saya pakai Aqua Whitening Cream dan kemudian baru pakai  Aloe Vera Sunscreen. kemudian saya boleh pakai solekan seperti biasa. 




Untuk penggunaan skincare pada waktu malam - Cuci muka seperti biasa. Kemudian saya pakai Aqua Whitening Cream sahaja. Dah siap!


Cara guna Aqua Whitening Cream dan Sunscreen Aloe Vera
1. Cuci Muka
2. Sapu Aqua Whitening Cream
3. Sapu sunscreen pada wajah
4. Ready to Go 

Untuk sunscreen, saya memastikan setiap 3-4 jam , saya topup sunscreen di wajah.Kebiasaan nya selepas solat zohor dan asar. Sebaik sahaja selesai solat, saya menggunakan sunscreen dan kemudian mengenakan solekan seperti biasa. 

Walaupun berada didalam bangunan, saya tetap mengenakan sunscreen pada waktu siang. 

Pengalaman menghadapi kulit wajah rosak akibat tidak memakai sunscreen mengajar saya agar lebih konsisten mengamalkan rutin penjaga kulit wajah. Apa yang saya ceritakan dalam artikel ini diharapkan dapat menjadi panduan dan peringatan bersama agar kita semua mementingkan penjagaan wajah dengan mengamalkan rutin yang betul dan lengkap.


Nak dapatkan lebih banyak produk skincare Hansaegee Nature, jenama  dari Korea ni korang boleh check disini.

Brand: Hansaegee Nature 

Websitehttps://www.hansaegee.com/shop 

IG pagehttps://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Youtube pagehttps://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia 

Catat Ulasan

0 Ulasan