REVIEW DAN SINOPSIS: BLIND

REVIEW DAN SINOPSIS: BLIND | Bersiaran sejak 16 September 2022, drama ni ada 16 episod dan diarahkan oleh Shin Yong Hwi yang memang terkenal dengan drama-drama tentang jenayah pembunuhan dan pernah mengarahkan drama seperti Voice 4, Tunnel dan Cross. 




Tak hairan lah drama Blind ni mendapat maklum balas yang positif dari peminat-peminat genre ini. TaecYon diberi kepercayaan untuk menerajui drama ni bersama dengan Ha Seok Jin. Gandingan yang mantap dan serasi. Kedua-duanya memberi persembahan yang cukup baik dalam drama ni sejak episod awal lagi.


Yang menariknya penonton sendiri mula menjadi sebahagian dari drama ni bila masing-masing mula berteka teki siapakah pembunuh sebenar. Ada banyak teka teki dalam drama ni yang membuatkan penonton senang meluangkan masa memikirkan tentang siapa , bagaimana dan kenapa. 

Tapi disetiap episod seorang demi seorang watak yang disyaki pembunuh mula didedahkan dan watak lain mula berkembang menjadikan watak yang disyaki sebagai pembunuh sukar diramal.


Jalan cerita drama ni cukup menarik dan saya sangat suka setiap watak yang menjadi misteri. Untuk peminat drama thriller, Blind adalah satu karya yang mesti anda tonton walaupun sekali. 


Untuk ramalan saya, saya jangkakan pembunuhnya bukan seorang. Ada seseorang yang saya syaki tapi lebh baik kita tunggu sehingga penamatnya. 

Sinopsis Blind (Kdrama 2022) 



20 tahun lalu 5 orang pelatih dari sebuah rumah kebajikan melarikan diri akibat tidak tahan menjadi mangsa dera ketua warden di situ. Mereka bukan saja di pukul, dijadikan hamba malah ada yang mati.

Selepas 20 tahun, anak kepada Baek Moon Kang,bekas warden disitu, mati dibunuh dengan kejam.




Ryu Sung Joon, pegawai polis yang menyiasat kes tersebut berjaya menahan pelaku. Namun pada hari perbicaraan, ketika disahkan bersalah, pelaku mengugut akan membunuh semua juri diperbicaraan itu.


Sejak itu seorang demi seorang juri menjadi sasaran pembunuh. Sasaran utama pembunuh ialah mereka yang mempunyai hubungan dengan tragedi 20 tahun lalu.

Ketika melakukan siasatan, Ryu Sung Joon menjadi salah seorang yang disyaki sebagai pembunuh. Abangnya, Ryu Sung Hoon, seorang hakim yang tegas, awalnya mengesyaki adiknya . Namun atas bantuan salah seorang juri , Jo Eun Ki, dua beradik ini mula bekerja sama menyiasat siapakah pembunuh sebenar yang mempunyai kaitan dengan mereka 20 tahun lalu. 



Pelakon Blind (Kdrama 2022 )


TaecYeon

Ha Seok Jin

Jung Eun Ki

Kim Pub Lae

Park Ji Bin

Jung In Gi

Kim Min Seok

Choi Jae Sup

Yoon Jeong Hyuk

Catat Ulasan

0 Ulasan