UBAT SELSEMA TITIS HIDUNG YANG SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK BERUSIA 6 TAHUN KE ATAS

UBAT SELSEMA TITIS HIDUNG YANG SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK BERUSIA 6 TAHUN KE ATAS | Hilangkan selsema dan hidung tersumbat. 2 minggu lepas anak-anak mengalami selsema yang agak teruk jugak. Tambahan pulak dua-duanya ada resdung. Lagi parah dan siksa la dia orang nak bernafas. Sampai terpaksa cuti sekolah 2 hari. Tengah malam bawa ke klinik dan doktor terus bagi MC 2 hari. 

surat MC

Mikhail mengalami demam, batuk dan selsema dan diburuk kan lagi dengan keadaan dia yang ada sinus.

Jadi doktor pun berikan beberapa ubat. Ubat demam, batuk dan satu botol kecil ubat titis hidung. Anak-anak saya tak pernah gunakan ubat titis hidung kalau selsema. Jadi benda ni baru juga la bagi saya.

Dah menjadi kebiasaan pada saya tiap kali dapat ubat yang anak-anak tak pernah guna, saya akan google cari maklumat tentang ubat tersebut. Saya takut ubat tersebut ada kesan panjang jika digunakan terlalu kerap.

Xylocon Nasal Drop

UBAT SELSEMA TITIS HIDUNG UNTUK KANAK-KANAK 

Ini lah ubat yang digunakan. Xylocon Nasal Drop ( Oxymetazoline Hydrochloride USP) . Xylocon Nasal Drop adalah ubat terkawal dan ubat ni hanya diberikan dengan arahan doktor sahaja. Ubat selsema paling berkesan.

Jadi kalau korang nampak ada orang jual ubat ni secara terbuka jangan la beli tanpa nasihat doktor. Saya baca kesan buruk ubat ni jika digunakan terlalu kerap, agak seram juga. Mana-mana ubat titis hidung yang mengandungi Oxymetazoline adalah ubat terkawal

xylocon


Ubat selsema dan hidung tersumbat. Ubat ni hanya digunakan setitis sahaja. Dan tak boleh digunakan lebih dari 2 kali sehari. Jadi untuk anak saya , saya cuma titis sekali sahaja sepanjang dia selsema. Saya fikir saya akan titis 2 hari sekali sahaja. Tapi tak sampai 2 hari mikhail kata selsemanya dah kurang dan saya decide untuk hentikan ubat titis ni.

BACA: MERAWAT BATUK DAN SELSEMA DENGAN NENAS, MADU, DAN HALIA 

Selepas saya berikan ubat titis ni saya memang pantau anak saya sebab saya takut kalau-kalau Mikhail ada alahan pada ubat ni. Syukur takde apa-apa jadi. Dan dalam masa 3 hari saja selsema dia dah ok. Untuk pengetahuan, anak saya berusia 11 tahun. Ubat selsema kanak-kanak.

Sedikit maklumat tentang Xylocon :

TIDAK BOLEH DIGUNAKAN KANAK-KANAK BERUSIA BAWAH 6 TAHUN KECUALI ATAS NASIHAT DOKTOR

Kandungan :Oxymetazoline Hydrochloride USP

Warna dan bau: jernih dan berbau seperti bunga mawar.


Kesan Sampingan Oxymetazoline : mulut kering dan tekak, Burning atau rasa pedih sensasi, Bersin, Rebound hidung rinitis, Kering, Rebound hidung tersumbat, kerengsaan Tempatan, Rinitis medicamentosa

Oxymetazoline adalah amina simpatomimetik yang bertindak langsung pada adrenergik reseptor didalam saluran mukosa hidung dan bertindak selama 6-8 jam.

Oxymetazoline masuk ke dalam tisu dengan cepat dan bertindak seawal antara 5- 10 minit.

Semburan hidung oxymetazoline digunakan untuk melegakan ketidakselesaan hidung yang disebabkan oleh selsema, alahan, dan demam. Ia juga digunakan untuk melegakan sinus. Semburan hidung atau ubat titis Oxymetazoline tidak boleh digunakan untuk merawat kanak-kanak yang berumur kurang daripada 6 tahun melainkan ia disyorkan oleh doktor

Oxymetazoline tidak mengandungi steriod. Ia menyempitkan saluran darah dalam saluran hidung, melegakan kesesakan dan menjadikannya lebih mudah untuk bernafas melalui hidung anda.

Penggunaan yang berterusan akan melemahkan kesan nya.Menggunakan semburan ini selama lebih daripada tiga hari berturut-turut juga sebenarnya boleh memburukkan lagi keadaan. Kesan sampingan semburan dekongestan hidung ini dipanggil rebound congestion.

Golongan yang perlu elak mengambil Oxymetazoline : Mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang, hati , penyakit jantung, kanak-kanak bawah 6 tahun, 
arteriosclerosis, glaukoma, hipertiroidisma, wanita mengandung, wanita yang menyusukan bayi dan mereka yang mengidap darah tinggi. Hilangkan selsema. Ubat selsema tak mengantuk.




Catat Ulasan

0 Ulasan