JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 2

JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 2| Drama terbaru di slot Lestari tv3 ini disiarkan pada 15 March 2023 memasuki episod ke 2. Drama ini mengangkat isu hak asasi kanak-kanak yang sering diabaikan seperti isu keselamatan, pendidikan dan kesihatan. 

Jaga Aku Selamanya

Tarikh Tayangan: Mac 2023

Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: Lestary TV3

Episod : 13

Idea Asal: Wan Hasliza Wan Zainuddin

Pengarah: Rashidi Ishak & Wan Alauddin Wan Zainuddin

Produksi: Kl Motion Picture

Pelakon: Nadiya Nisaa, Johan Asari, Baqir Jamalullail, Puteri Rafasya, Dzul Hadziq Zamri, Damia Qaissarah, Yusayri Akma

Jaga Aku Selamanya episod 2

...Mia mula menyalahkan bapaknya. Azhar memujuk adik-adiknya yang mahu menunggu bapak mereka untuk makan kek bersama-sama. 

Mia mengeluarkan kek dari dalam peti sejuk. Tapi Yiyi membantah dan mahu menunggu bapaknya pulang. Dia tak mahu kek tersebut dimakan selagi ayahnya tidak pulang. Azhar terus memujuk dan akhirnya adik-adiknya setuju untuk makan kek tersebut memandangkan mereka sudah lapar.

Ketika Maya sedang menjemur pakaian . Tuan rumah datang dan mencari Syukri. Maya berbohong mengatakan Syukri belum pulang. Tuan rumah meminta bayaran sewa rumah yang sudah tertunggak 4 bulan. Maya terkejut kerana selama ini dia fikir Syukri sudah membayar sewa rumah. 


Maya meminta tuan rumah untuk tangguhkan bayaran. Tetapi tuan rumah berkeras dan mengugut akan membuat laporan polis. Maya terpaksa menggunakan wang yang diberikan Syukri untuk bayar sewa rumah mereka.

Tuan rumah awalnya berkeras kerana Maya hanya membayar separuh sewa rumah tersebut. Mujur Mak minah masuk campur dan tuan rumah berlembut dan beredar dari situ.

Maya malu dengan Mak Minah dan dia meminta izin untuk masuk ke rumah.

Maya meminta anak-anaknya tunggu di rumah. Dia mahu keluar mencari Syukri. Mia tak habis-habis bercakap buruk tentang ayahnya membuatkan Maya naik angin.

Maya pergi ke tempat kerja syukri. Dia bertanya samaada syukri ada datang kerja. Pekerja disitu terus menceritakan apa yang Syukri lakukan dan polis sedang mencari Syukri. 
 


Azhar dan Adi yang baru hendak ke sekolah mengejutkan Maya yang sedang tidur. Maya meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan makanan untuk anak-anaknya kerana dia tidak sihat.

Selepas anak-anak kesekolah Maya tidur Bersama anak-anaknya. Yiyi memberitahu yang dia lapar. Maya gagahkan diri untuk bangun menyediakan makanan untuk anaknya. Dia menyedari rumahnya agak berantakan sejak beberpaa hari ini.

Disekolah Azhar meneruskan latihan pidato nya. Tapi susah untuk dia fokus kerana memikirkan masalah yang dihadapi keluarganya. 

Mia  yang menyertai pertandingan tarian berasa susah hati kerana dia perlu membayar kostum tarian sebanyak rm150. Dia tahu jumlah tersebut terlalu besar untuk keluarganya. 

Dirumah, anak-anak tak habis-habis bertanya dimana ayah mereka. Azhar yang memahami keadaan memberitahu yang ayahnya out station. Tiba-tiba kedengaran seseorang memanggil nama Syukri dari luar. Maya membuka pintu dan mendapati tuan rumahnya datang.


Tuan rumah sudah mengetahui bahawa Syukri melarikan diri kerana diburu polis. Dia mengarahkan Maya dan anak-anak keluar dari rumah tersebut. Maya menghulurkan wang RM150 pada tuan rumah. Tuan rumah memberi tempoh hingga hujung bulan sahaja untuk mereka.

Maya berasa sangat sedih dan susah hati. Dia terus masuk kerumah dan menangis kerana tidak dapat menahan perasaan nya

Mak Minah datang kerumah dan menjenguk Maya di dalam bilik. Dia tahu Maya dalam kesusahan. Maya menangis dan mengadu pada Mak Minah tentang kesusahan nya. Dia tahu Syukri sudah pergi meninggalkan nya dan anak-anak. Mak minah menenangkan Maya dan memujuk Maya.

Mia yang sedang berada di dapur bertanya pada Maya apa yang mereka perlu masak. Maya memeriksa tong beras dan mendapati mereka sudah kehabisan beras. Mia Meminta bantuan Mak minah. Mak Minah menghulurkan beberapa barangan dapur untuk Mia. Anak-anak maya makan berselera malam itu.

Maya melihat anak-anaknya makan dan dia sangat sedih melihat keadaan mereka. Dia tak mampu menahan air matanya dan menangis.

Maya sangat risau kerana wang simpanan mereka sudah kehabisan.

Malam itu Mia meminta wang RM150 pada ibunya. Maya terkejut kerana jumlah tersebut terlalu besar ditambah lagi dia perlu membayar sewa rumah. Mia menangis kerana ibunya tak mampu memberi wang untuk baju tarian nya.

Maya mengadu pada Mak Minah yang dia tidak cukup wang untuk membayar sewa rumah. Seri yang mendengar Maya dan Mak minah berbual terus keluar dan memarahi maya. Dia tidak suka Maya menyusahkan ibunya. Mak Minah meminta Maya bersabar dan memberi cadangan agar Maya bekerja sementara dia boleh menjaga anak-anak Maya.

Maya berterus terang pada anak-anak bahawa ayah mereka sudah pergi meninggalkan mereka. Dia memberitahu yang dia perlu keluar mencari kerja. Dia mahu anak-anaknya duduk dengan Mak minah. Dia juga mahu Azhar dan Mia tidak terlibat dengan aktiviti sekolah kerana dia tidak mampu. Mia berasa sangat marah dengan tindakan ibunya.

Azhar memujuk Maya kerana dia sedih melihat ibunya menangis.    


Azhar berjumpa cikgu dan memberitahu dia tidak dapat lagi menyertai pidato kerana masalah keluarga. Cikgunya meminta Azhar datang ke bilik guru selepas sekolah tapi Azhar menolak kerana dia perlu pulang terus ke rumah selepas waktu sekolah.

Mia terpaksa menipu cikgunya dan memberitahu ibunya akan memasuk kan wang bayaran melalui bank. Cikgu mengingatkan Mia agar memberitahunya jika ibu Mia mempunyai masalah untuk membuat bayaran. Mia hanya mengangguk.

Mia berjumpa dengan ibu Qistina dan meminta bantuan ibu Qistina agar membelikan nya kostum tarian. 

Maya yang baru pulang dari mencari kerja mendapat panggilan dari ibu Qistina. Ibu Qistina memberitahu pada Maya bahawa dia sudah membuat bayaran untuk Kostum tarian Mia.

Malam itu Maya melihat Mia sedang berlatih tarian. Dia menghulurkan wang rm150 pada Mia. Dia memberitahu dia tidak mahu Mia meminta wang pada orang lain. Mia sedih mendengar kata -kata ibunya. Maya berjanji yang akan membelikan apa saja yang Mia mahu selepas mendapat pekerjaan nanti.

Maya meminta pekerjaan sebagai cleaner. Namun tempat kerja tersebut terlalu jauh untuknya..

 
..Bersambung...

  

Catat Ulasan

0 Ulasan