JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 1

JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 1| Drama terbaru di slot Lestari tv3 ini bakal disiarkan pada 15 March 2023. Drama ini mengangkat isu hak asasi kanak-kanak yang sering diabaikan seperti isu keselamatan, pendidikan dan kesihatan. 

Jaga Aku Selamanya



Tarikh Tayangan: Mac 2023

Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: Lestary TV3

Episod : 13

Idea Asal: Wan Hasliza Wan Zainuddin

Pengarah: Rashidi Ishak & Wan Alauddin Wan Zainuddin

Produksi: Kl Motion Picture

Pelakon: Nadiya Nisaa, Johan Asari, Baqir Jamalullail, Puteri Rafasya, Dzul Hadziq Zamri, Damia Qaissarah, Yusayri Akma

Jaga Aku Selamanya episod 1.

Maya sedang memasak dengan dibantu anak-anak.Kemudian dia meminta Adi memanggil bapak mereka .Adi mendapati Bapaknya tiada didalam bilik. Rupanya Syukri berada didalam bilik anak-anaknya.

Syukri  menipu anaknya mengatakan dia hanya ingin pecahkan duit sambil memegang tabung anaknya.. Tapi sebenarnya dia hanya ingin mengambil duit tabung Adi. Mia masuk ke dalam bilik dan melihat ayahnya keluar dari bilik . Dia bertanya pada Adi apa yang dilakukan ayahnya. Adi memberitahu yang ayahnya ingin meminjam wang. Mia terkejut kerana ayahnya sebelum ini pernah meminjam wang darinya sebayak rm7 tapi belum memulangkannya.

Maya memanggil syukri berkali-kali yang sedang mengelamun. Anak-anaknya meminta dibelikan Pizza. Syukri meminta anak-anaknya bersyukur dengan apa yang mereka ada. Namun dia berjanji dia kan membelikan pizza untuk anak-anaknya


Bunyi hon kereta ibu Qistina kedengaran dari luar. Syukri berjanji akan mengambil anak-anak nya disekolah nanti.iMaya meminta agar Syukri pagan berjanji dengan anak-anak jika tidak mampu menunaikan nya. Tapi Syukri yakin dia mampu menunaikan janjinya.

Sebelum keluar bekerja dia sempat menghulurkan wang buat maya sebagai belanja membeli barang dapur . Maya sempat menegur mak minah yang ingin keluar ke hospital. Mak Minah menawarkan Maya untuk menumpang keretanya namun Seri memarahi ibunya kerana menawarkan diri untuk menumpangkan kereta mereka.  Seri memang tidak suka kan keluarga Maya kerana Maya dan Syukri orang susah dan selalu meminta bantuan dari mak minah.

Mia dan Azhar aktif dengan aktiviti di sekolah. Mia akan menyertai pertandingan tarian dan Azhar pula menyertai pertandingan puisi. Guru-guru sering memberi semangat pada mereka.


Syukri sampai di bengkel lewat. Dia dimarahi bos tempat kerja dan rakan sekerjanya. Syukri meminta maaf dan berjanji tidak akan datang lewat lagi. Namun sikap Syukri yang suka berjanji tapi tidak pernah menepati janjinya membuatkan majikan nya marah.  Syukri dipecat dan menerima gaji nya yang terakhir. 

Syukri merayu agar majikan nya kasihan kan dia dan anak-anaknya, Namun  tidak dipedulikan. Kerana terlalu marah dia dia membawa kereta dari bengkal dan melarikan nya. Majikan terus membuat laporan polis bahawa kereta  pelanggan nya dicuri. Majikan nya juga menyedari Syukri telah mencuri kotak yangberisi wang tunai di mejanya.

Dengan wang tersebut Syukri singgah kesebuah kedai burger . Dia mendapatkan bekalan dadah dari peniaga burger tersebut.


Dalam perjalanan pulang dia terserempak dengan Maya dan anak-anak yang berjalan kaki pulang dari kedai. Dia mengatakan kereta yang dibawa adalah keretanya. Maya terkejut kerana dia tahu Syukri tidak mempunyai wang. Maya hanya menurut kata suaminya walaupun dia merasa curiga.

Syukri dan Maya juga mengambil anak-anak disekolah. Mia, Azhar dan Adi yang sedang menunggu Syukri terkejut kerana Syukri menjemput mereka dengan sebuah kereta. 

Syukri membelikan kek dan pizza untuk anak-anaknya sempena hari jadi anaknya. Dia juga memberikan wang untuk Maya dan membayar wang anak-anak yang dipinjam. 

Ketika anak-anaknya sedang menyanyikan lagu selamat hari jadi, polis datang kerumah untuk menangkap Syukri. Syukri melarikan diri melalui pintu belakang.  Maya terkejut apabila polis mengatakan kereta yang berada di hadapan rumahnya adalah kereta curi. 

Maya sangat malu dengan jiran-jiran dengan apa yang berlaku...



Bersambung.....

Catat Ulasan

0 Ulasan