KOREAN DRAMA MOUSE FULL EPISODE

 KOREAN DRAMA MOUSE FULL EPISODE  | Dah lama tak tonton drama lakonan Lee Seung Gi. Bila keluar je drama Mouse terus rasa tak sabar nak tonton. Drama ni sekarang dah masuk episod 10. Lepas ni akan disiarkan special episod yang akan mendedahkan jalan cerita sebenar drama Mouse bagi mereka yang tak faham drama ni tentang apa.



Selain Lee Seung Gi drama ni turut dibintangi oleh ramai pelakon-pelakon terkenal  yang biasa kita lihat lakonan mereka dalam kebanyakan drama. seperti Lee Hee Joon dan Park Joo Hyun. Saya tertarik dengan watak Jung Ba Reum yang dipegang Lee Seung Gi .

Jung Ba Reum mempunyai gen psikopat dan dilahirkan dengan sikap yang penyayang dan bertanggungjawab. Tapi disebabkan satu kejadian yang hampir membunuhnya, otak seorang psikopat dimasuk kan ke dalam kepala Jung Ba Reum membuatkan naluri seorang psikopat itu muncul dalam diri Jung Ba Reum.

Drama ni memang lain daripada yang lain,. Setiap episod ada elemen kejutan dan membuatkan kita tertanya-tanya sampai tak sabar nak tunggu episod seterusnya.

Sinopsis Mouse

Mouse mengisahkan seorang pembunuh bersiri yang membunuh mangsanya dengan memenggal kepala untuk mendapatkan otak mangsa. Pembunuh bersiri tersebut seorang doktor saraf yang sangat terkenal.

Han Seo Joon yang sudah mempunyai seorang isteri yang sedang hamil mengaburi ramai orang dengan statusnya. Disebabkan seorang anak kecil yang terselamat dalam kejadian pembunuhan ahli keluarganya, Han Seo Joon di tahan dan dijatuhkan hukuman penjara sebagai banduan terakhir.

Anak kecil yang terselamat, Go Mu Chi membesar menjadi seorang pegawai penyiasat polis dan matlamat hidupnya ialah untuk membunuh Han Seo Joon di dalam penjara. 



Tak lama kemudian muncul pembunuhan yang seakan serupa dengan kes Han Seo Joon. Walaupun Han Seo Joon meringkuk didalam penjara tapi Mu Chi masih merasakan kes pembunuhan bersiri yang berlaku mempunyai kaitan dengan Han Seo Joon.

Tekaan Mu Chi tepat apabila psikopat yang sebenarnya ialah anak kepada Han Seo Joon. Dalam masa yang sama ada seorang pegawai polis yang sangat baik, jujur dan bertanggungjawab. Jung Ba Reum sebenarnya mempunyai gen psikopat sama seperti anak Han Seo Joon.

Semasa Jung Ba Reum bergelut untuk menangkap anak Han Seo Joon, dia hampir mati. Doktor mengalami kesukaran untuk menyelamatkan Jung Ba Reum. Di sebabkan Jung Ba Reum seorang pegawai polis kesayangan rakyat di bandar tersebut, mereka perlu menyelamatkan Jung Ba Reum supaya masyarakat tidak menyalahkan mereka diaatas kematian Jung Ba Reum.

Ahli politik sependapat untuk meminta Han Seo Joon yang terkenal dengan kepakaran nya dalam pembedahan saraf dan otak untuk menyelamatkan Jung Ba Reum walaupun mereka tahu Jung Ba Reum lah yang membuatkan anak Han Seo Joon yang mati di bunuh Mu Chi.

Semasa pembedahan Han Seo Joon dan doktor lain mendapati otak yang patut di berikan kepada Jung Ba Reum tidak sesuai. Disebabkan itu mereka memindah kan otak anak Han Seo Joon kepada Jung Ba Reum.

Setelah sedar dan sihat sikap Jung Ba Reum berubah dan dia selalu teringat kan kejadian-kejaidan yang tidak pernah dialaminya...



Drama: Mouse

Revised romanization: Mouse

Hangul: 마우스

Director: Choi Joon-Bae

Writer: Choi Ran

Genres: Action, Suspense, Thriller, Mystery, Crime

Network: tvN 

Episodes: 20

Release Date : Mar 3, 2021 - May 6, 2021

Content Rating: 15+ - Teens 15 or older

Language: Korean

Country: South Korea

Pelakon:

Lee Seung Gi - Jung Ba Reum

Lee Hee Joon - Go Mu Chi

Park Joo Hyun - Oh Bong Yi

Kyung Soo Jin - Choi Hong Joo

Ahn Jae Wook - Han Seo Joon

Kim Jung Nan - Sung Ji Eun

P.O - Detective Shin

Woo Ji Hyun - Koo Dong Koo

Jo Jae Yun - Daniel Lee

Kim Young Jae - Go Mu Won

Lee Seo Jun - Na Chi Kook

Kim Kang Hoon - Jung Ba Reum (young)

Seo Dong Hyun - Go Mu Chi (young)


Catat Ulasan

0 Ulasan