KEK PENGANTIN PALING CANTIK

 KEK PENGANTIN PALING CANTIK | Kek yang cantik memang menjadi idaman ramai. Bukan sahaja rasa yang sedap menjadi pilihan tapi cara kek di hias juga sesuatu yang perlu dititik beratkan oleh pembuat kek. 

Tambahan pula jika kek tersebut khas untuk hari bahagia seperti hari pernikahan. Saya sendiri ada kedai kek kegemaran saya yang selalu menjadi pilihan saya setiap kali nak membeli kek.



Ini kek yang adik saya beli dari kedai kegemaran saya untuk majlis perkahwinan nya baru-baru ini. Kedai nya terletak di Ayer Tawar Perak. Mother's Cake House ni memang menjadi pilihan penduduk disini kalau nak membeli kek.

 

Kek yang ditempah adik saya ni perisa manggo cheese. Kek nya cantik, tak terlalu manis, rasa manggo yang sedap dan bonusnya dapat kek yang sangat cantik dengan harga yang murah.

Kek diatas hanya berharga rm190. Kalau tengok di IG kedai ni ada banyak lagi kek yang cantik-cantik. Pening juga kepala saya dan adik saya nak memilih kek mana satu yang nak di tempah. 

Untuk sambutan harijadi Miasara yang saya buat pada malam majlis perkahwinan adik saya, kek nya juga dibeli dikedai yang sama sebab memang kami yakin dengan kualiti kek dari kedai ni.  


Ini kek oreo cheese. Saiz 7 inci tapi tinggi dan puas makan ramai-ramai. Sekali suap rasa macam makan aiskrim. suap kali kedua masih tak muak. Kek ni habis dulu. Rupanya ramai peminat kek Oreo Cheese ni.Harga untuk saiz 7 inci ialah rm59.




Saya pernah tulis tentang sambutan harijadi mak saya. Kek nya juga saya beli di kedai yang sama. Kek oreo cheese dan kek chocolate. Ini kek yang dibeli pada tahun  lepas.. Kek 9 inci dengan harga rm69.Murah kan?

Jika ada rezeki untuk pulang beraya di kampung nanti, saya rasa nak tempah sebiji kek dari kedai ni. Selalunya setiap kali raya saya buat kek sendiri tapi untuk tahun ni , insyallah jika ada rezeki saya tempah je la. 


Mother's Cake House

92,Main Road,32400, Ayer Tawar, Perak, Malaysia
Facebook :Mother's Cake HouseInstagram:Mother's Cake House 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan