MELUR UNTUK FIRDAUS 2 EPISOD 1 TV3

MELUR UNTUK FIRDAUS 2 EPISOD 1 TV3 | Disebabkan mendapat sambutan yang menggalak kan pada musim pertama Melur untuk Firdaus, TV3 membuat keputusan untuk melanjutkan drama brsiri ini untuk musim kedua. Drama Melur Untuk Firdaus 2 bersiaran pada 16 March 2023 dengan 35 episod

Melur Untuk Firdaus 2


Tarikh Tayangan: 16 Mac 2023, Khamis-Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3

Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hasan

Pengarah: Zamri Zakaria & Arield Mohd Rifin

Produksi: A-Ten Alliance Sdn Bhd


Pelakon Melur Untuk Firdaus 2


Meerqeen sebagai Firdaus

Anna Jobling sebagai Melur

Eyka Farhana sebagai Mawar

Azim Yusof sebagai Zack

Fimie Don sebagai Haris

Sabrina Sharleen sebagai Rania

Kuza sebagai Kamariah

Azhar Amir sebagai Kamaruzzaman

Haleeda Mazlin sebagai Rohana

Zainol Ismail sebagai Nasaruddi
n

Hani Nazrina sebagai Lili

Hairi Safwan sebagai Zain

Qaseh Qhairiena sebagai Damia

Taib Zamannuri sebagai Raikal

Tengku Tieya sebagai Nana

Melur Untuk Firdaus 2 Episod 1

Mencintai itu adalah satu keputusan dua hati....
Cinta itu bukan hanya tentang rasa... Tetapi sebuah komitmen, tanggungjawab. Andai dilambung ombak kita harus sama-sama pertahankannya..

Firdaus menghulurkan mawar putih buat Melur. Dia bertanya pada Melur apa beza Melur dengan mawar putih yang dipegang melur. Melur menggelengkan kepala tanda meminta jawapan dari Firdaus.

"Mawar putih ini sampai satu masa ia akan layu. Tapi cinta abang pada melur tak kan pernah layu.." 

Melur tersenyum bahagia mendengar kata-kata Firdaus. " Bergantung jugalah macam mana abang layan Melur. 

Firdaus membalas " Melur, abang janji dengan melur abang akan layan melur sebaik-baiknya. dan abang akan sayang Melur sebaik-baiknya.Sampai melur rindukan abang.

Tapi bagi melur jika tidak berjauha tak mungkin ada rindu, bila tiada rindu tiada la manja-manja. 

Firdaus membalas, walaupun Melur berada dihadapan ya namun dia masih rindukan Melur..

Tiba-tiba muncul suara wanita di belakang mereka.. Memanggil nama Firdaus.. 
"firdaus Iskandar sayang..:

Melur dan Firdaus terkejut dan menoleh. Terlihat seorang gadis cantik tersenyum manja pada Firdaus sambil berkata " FIRDAUS ISKANDAR MILIK AKU"


Firdaus yang melihat tingkah aneh istrinya terus merakam gelagat lucu isterinya yang sedang tidur. Melur yang baru bangun dari tidur terus bertanya pada suaminya di mana Mawar, wanita yang ditemui dalam mimpinya tadi.

Firdaus menjelaskan yang dia tidak tahu apa yang dikatakan Melur. Dia terus ketawa melihat gelagat Melur. Firdaus terus mengusik melur hingga melur bangun dan mengejar firdaun.

Melur yang berasa risau dengan mipi yang dialami mengadu pada bonda. Dia risau jika Firdaus masih diganggu bekas kekasih Firdaus. Bonda cuba memujuk dan menenangkan Melur.

Melur cuma risau kerana Firdaus seorang yang mudah kasihan pada orang. Bonda dan ayahnya menasihatkan Melur agar tidak syak wasangka kerana ianya boleh memudaratkan.

Bonda mencadangkan agar Melur dan Firdaus bertukar-tukar pickup line agar dapat  mengeratkan hubungan Melur dan Firdaus.

Melur mendapat idea untuk mengeratkan hubunganya degan firdaus. Dia mahu membuat perjanjian untuk mengukuhkan cinta mereka berdua. Firdaus mulanya tidak bersetuju namun Melur memujuk. 

Mereka berdua berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka dengan lebih baik lagi..

Melur berjumpa kaklong dan mengucapkan tahniah kerana perniagaan kaklong yang semakin maju. Kaklong memberitahu Melur bahawa Zain sudah keluar dari penjara. KaklOng risau jika Zain datang mencarinya. Dia selalu merasa seperti ada orang mengikutinya. Dia juga risau dengan keselamatan Melur.

Rohana sedang sibuk menghidangkan makanan buat suaminya. Dia ditanya jika Melur sudah pun mengandung. Da tidak sabar-sabar nak menimang cucu lelaki kerana sudah terlalu bosan duduk di rumah.Wang nya juga sudah banyak habis disebabkan di tipu menantu hantunya dulu.

Rohana mengingatkan suaminya agar bersabar kerana semua ketentuan tuhan.Dia juga menasihatkan suaminya agar mencari hobi baru agar tidak berasa bosan.

Firdaus dan Raikarl gembira dapat bekerja sama lagi dengan Tuan Idrus Tapi kali ini Tuan idrus meminta mereka bekerja sama dengan anak perempuan nya Mawar. Ketika mendengar nama Mawar,. Firdaus teringat perbualan nya dengan Melur temp;ohari tentang wanita bernama Mawar. Firdaus tidak mengesyaki apa-apa. Mungkin hanya kebetulan.

Mawar gadis cantik yang baru dikecewakan lelaki. Dia dikatakan seorang gadis yang suka mengawal lelaki yang disukainya. Kerana itu dia ditinggalkan. Tuan Idrus menasihatkan Mawar agar melupakan playboy yang mengecewakan mawar. Mawar masih belum mahu bekerja walaupun Tuan Idrus meminta dia menguruskan projek bersama Eventure Holdings. Dia juga berharap Mawar dapat berbaik-baik dan rapat dengan Raikarl.

Mawar terkejut dan seperti tidak berminat dengan niat bapanya. Tapi dia menurut sahaja kata ayahnya. 

Rania menolak untuk bekerja dengan kalong dia tidak berminat namun ayahnya memarahi kerana dikatakan tidak bersyukur. Kaklong juga dimarahi kerana sudah 2 malam kalong tidur di rumah mereka. Dia juga mengungkit tentang barang dapur yang cepat habis disebabkan kaklong menginap di situ. Sikap kedekutnya membuatkan Rohana tidak suka.

Kaklong menjelaskan bahawa dia takut dengan Zain kerana dia tahu Zain sudah keluar dari penjara. Rohana memujuk anak dan cucunya agar tidak risau.

Kamariah mengadu pada suaminya yang besan mereka mula bercakap tentang cucu lelaki. mereka mula risau kerana tentu Melur dan Fidaus yang akan menjadi sasaran Hj Din.

Melur keluar membeli beberapa buku. Sebaik pulang dari rumah dia melihat Firdaus masih belum pulang. Dia mahu menelefon Firdaus . Tiba-tiba.....

Tonton Melur Untuk Firdaus 2 Episod 1


Bersambung...

Catat Ulasan

0 Ulasan