BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN TV3 EPISOD 1

BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN TV3 EPISOD 1 | Drama adaptasi novel karya Liana Afiera Malik menemui penonton slot Samarinda di TV3 bermula 21 March 2023. Drama dengn 40 Episod ini meampilkan ramai pelakon popular seperti Janna Nick, Hisyam Hamid dan Amar Bahrin. Mengisahkan tentang kehidupan Larasati Aisya ynag penuh onak dan duri dalam menghadapi konflik dlam perniagaan dan keluarga.

bukan puteri lindungan bulan


Episod: 40
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Hisyam Hamid, Janna Nick, Amar Baharin, Niena Baharun, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Zarina Zainuddin, Azhar Amir, Nasz Sally, Annie Mosha, Nizam Kama, Danish Iskandar

Pelakon Bukan Puteri Lindungan Bulan

Janna Nick sebagai Larasati Aisya
Hisyam Hamid sebagai Zafir
Amar Baharin sebagai Zakuan
Niena Baharun sebagai Farah
Afifah Nasir sebagai Sabrina
Shah Iskandar sebagai Lukman
Zarina Zainuddin sebagai Datin Fariza 

Bukan Puteri Lindungan Bulan Full episod 1 

Lara terjaga dari tidur selepas alami mimpi yang menyesakan kan. Dia tersedar yang dia sudah lewat untuk ke tempat kerja. Sebaik sampai dia sambut dengan ucapan tahniah kerana di lantik sebagai CEO baru. kejayaan nya menguruskan projek syarikatnya embuatkan dia dinaikkan pngkat.

Zakuan masuk ke bilik Lara. Ucapan tahniah dari Zakuan dianggap tidak ikhlas. Dia tahu Zakuan hanya mahu menyindir dan menyakitinya. Lara juga mengnatkan XZakan agar menjaga tingkah laku kerana dia sekarang adalah seorang ketua. Zakuan meminta maaf sambil berlalu keluar dengan perasaan tidak puas hati.

Lara teringat kenangan nya bersama arwah ayahnya dahulu yang mengajarnya tentang perniagaan. Dia memang berazam ingin menjadi seorang ahli perniagaan seperti ayahnya. 

Uncle Hisyam, masuk berjumpa Lara . Dia menasihati Lara agar keluar bersosial dengan kawan-kawan. Zakuan dari jauh memerhatikan Lara dengan senyuman sinis.

Lara keluar dari pejabatnya. Tiba-tiba Zafir datang meluru kearahnya sambil menghulurkan sejambak bunga. Zafir mengajak Lara makan dan aksi mereka dari jauh diperhatikan oleh Zakuan.


Lara mengajak Zafir makan di warung kegemaran nya. Zafir memberitahu yang ramai orang sedang bercakap tentang kejayaan Lara dan ramai yang ingin menjadi sepertinya. Lara menyangkal dan mengatakan dia sebenarnya tidak mempunyai sesiapa. Jauh disudut hati Lara merasakan dia seorang yang menyedihkan. Ibunya berkahwin lain dan tidak ada sesiapa bersamanya. Zahir tidak mahu Lara fikir sebegitu. Dia memberitahu yang dia sentiasa ada untuk Lara. Lara bersetuju dan mengatakan yang Zahir adalah kawan baiknya. Zafir tersenyum melihat Lara.

Zafir teringat kata-kata Lara di warung. Lara menganggap dirinya hanya sebagai kawan baik. Zafir berharap satu hari nanti Lara akan memahami perasaan nya.

Zafir menghubungi Datin Fariza, ibu Lara. Dia sentiasa memberitahu kabar Lara untuk Datin Fariza kerana Datin Fariza sangat merindui Lara. Sejak Datin Fariza berkahwin dengan sahabat suaminya , Lara berubah sikap dan menjauhkan diri dari Datin Fariza. Namun jauh disudut hatinya dia sangat sayangkan Lara.

Lara sampai dirumah. Dia teringat kenangan nya bersama ibu dan ayahnya. Dia tidak menyangka sahabat ayahnya yang kerap mengunjungi mereka dahulu, berkahwin dengan ibunya selepas kematian ayahnya. Pandangan nya terhadap ibu nya terus berubah sejak itu.

Mak piah datang menyapa Lara. Dia menasihati Lara agar buang rasa marah pada ibu Lara. Lara tak mahu dengar nasihat Mak Piah. Tapi Mak piah bangun dn menghulurkan sejambak bunga. Lara gembira melihat kad yang tertulis ucapan tahniah untuknya. Sehingga sekarang dia masih tidak tahu siapakah gerangan yang kerap memberinya bunga dan kad dengan tanda spider di sudut kad. 


Lukman mengiring Sabrina masuk ke bilik. Sabrina sedang mabuk. sampai sahaa di dalam bilik Sabrina terus tidur. Lukman menghubungi Lara. Dia mengucapkan Tahniah buat adiknya. Lara meminta Lukman pulang dan berjumpa dengannya. Sudah 3 tahun Lara tidak berjumpa dengan abangnya yang sudah berpindah ke sabah.

Lara kecewa kerana Lukman memang tidak mahu pulang lagi.

Zakuan datang ke rumah Uncle Hisyam. Zafir yang melihat Zakuan di muka pintu memandang dengan rasa benci. Dia memang tidak suka dengan Zakuan. Zakuan menasihatkan Zafir agar belajar cara memikat Lara. Zafir berasa tidak puas hati dengan Zakuan dia menasihati Zakuan agar sedar diri kerana Lara tidak mungkin akan suka kan Zakuan yang hanya seorang pekerja biasa. Zakuan berang dengan kata-kata Zafir.

Lara menghubungi Zafir dan menasihatkan Zafir agar jangan rapat dengan keluarga baru Datin Fazira. Zafir tidak setuju kerana dia tidak mahu hubungan baik dengan datin Fazira menjadi keruh.

Lara membuka pintu dan terkejut melihat seorang lelaki yang membawa banyak hadiah. Rupa-rupaya lelaki tersebut adalah Lukman yang baru pulang dari Sabah. Berita kepulangan Lukman sampai pada Datin Fariza. Datin Fariza sangat gembira kerana anak-anaknya kembali bersama. 

 

Luman makan dengan berselera masakan Mak Piah. Dah lama da tak merasa masakan Mak piah. Lukman membuat keputusan untuk pulang terus dan tinggal bersama Lara. Lara tidak percaya dengan kata-kata Lukman tapi sejujurnya dia sangat gembira.  Lara bergegas untuk ke tempat kerja. Lukman sempat berpesan pada Lara agar tidak memberitahu sesiapa yang dia sudah pulang ke rumah.

Sabrina bangun dari tidur. Dia mencari Lukman. Dia memanggil Lukman berkali-kali tapi tiada jawapan. Sebaik Luman masuk ke bilik Sabrina berang kerana Lukman meninggalkannya sendirian. Sabrina tidk mahu Lukman berjumpa keluarganya Dia mahu Lukman memberi seenuh perhatian padanya sahaja. Walaupun Sabrina kerap cemburu tapi Lukman tetap sayangkan Sabrina.

Zakuan teringat suatu masa dahulu dia melihat Lara sedang menjual air . Sejak itulah dia sangat suka kan Lara dan suka mengusik Lara. Walaupun di rapat dan berkawan baik dengan Lukman tapi Lara tidak pernah melayan nya dengan baik. 

Zafir datang menemui Lara di pejabat. Dia melihat Lara sibuk berkemas. Lara memberitahu Zafir yang Lukman sudah balik ke rumah. Zakuan yang mendengar kata-kata Lara sangat terkejut. Dia tidak sabar ingin bertemu Lukman.

Lara yang berada di rumah dikejutkan dengan bunyi loceng pintu. Sebaik membuka pintu dia melihat Lukman berdiri di samping Sabrina dengan membawa bag pakaian. Lara memandang dengan rasa tidak puas hati.

..bersambung...

Catat Ulasan

0 Ulasan