BEST MOISTURIZER 2023 - MOISTURIZER WATER BASED UNTUK KULIT BERMINYAK | HANSAEGEE NATURE

BEST MOISTURIZER 2023 - MOISTURIZER WATER BASED UNTUK KULIT BERMINYAK | HANSAEGEE NATURE | Masalah kulit berminyak kerap dialami bagi mereka yang kerap dan suka mengambil makanan yang berminyak dan berlemak. Kulit berminyak juga boleh disebabkan oleh keturunan. Namun bagi mereka yang berusia remaja kulit berminyak sukar dielakkan.

hansaegee Nature Aqua whitening cream

Masalah ni boleh berlarutan jika tidak diatasi. Walaupun usia saya sudah melebihi 40 tahun tapi saya juga tak terlepas dengan masalah kulit berminyak.

Kebiasaan nya kulit wajah saya akan berminyak dan berjerawat jika saya sedang menstruasi atau jika saya makan banyak makanan berminyak. Kulit memang akan menghasilkan minyak namun jika minyak terlalu banyak ia nya boleh mengundang berbagai masalah kulit seperti jerawat.

Tentu ramai yang ketika sedang menstruation agak susah memilih moisturizer yang sesuai. Silap pilih moisturizer, masalah kulit berminyak akan lebih buruk dan mungkin memerlukan perawatan kulit.

Dalam artikel ini saya akan ceritakan pengalaman saya dan sedikit panduan untuk mereka yang menghadapi masalah kulit berminyak serta cadangan moisturizer for oily skin yang saya gunakan.

Cara merawat kulit berminyak.

Perlukah pakai pelembab jika wajah berminyak? Ramai yang salah anggap tentang minyak di wajah. Ada yang fikir minyak diwajah sudah cukup untuk dijadikan pelembab semulajadi. Masalah kulit berminyak perlu di rawat.

hansaegee Nature Aqua whitening cream

Masalah kulit berminyak selesai dengan Moisturizer yang bagus


Minyak pada kulit wajah sebenarnya berfungsi untuk mengawal kelembapan dan mengurangkan risiko penuaan. Tapi minyak berlebihan pada kulit boleh mengundang banyak masalah terutamanya jerawat dan keradangan. Disebabkan itu saya berusaha mengawal pengeluaran minyak agar tidak merosakkan kulit wajah.

Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat masalah kulit berminyak ialah minum lebih banyak air putih dan menjaga pemakanan agar tidak terlalu banyak mengambil makanan berminyak dan berlemak. Makanan berminyak memang sedap dan tak mampu saya nak elak tapi dengan mengurangkan sedikit pengambilan nya, masalah kulit berminyak dapat dikurangkan dan mudah diatasi.

Antara makanan yang saya ambil untuk mengawal masalah kulit berminyak ialah daging, sayuran hijau, susu, telur dan juga kekacang kerana makanan-makanan ini mengandungi Niacinamide yang sememangnya sangat bagus untuk kulit berminyak.

 

hansaegee Nature Aqua whitening cream

Selain pengawalan makanan saya juga memastikan untuk memilih moisturizer yang tepat untuk kulit saya. Antara ciri-ciri moisturizer terbaik untuk kulit berminyak adalah moisturizer water based. Jangan sesekali memilih moisturizer yang mengandungi minyak. Saya memilih Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature.
 

Punca kulit Berminyak

Sebelum memilih pelembab muka yang sesuai kenal pasti dahulu punca kulit kita berminyak. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kulit berminyak.

hansaegee Nature Aqua whitening cream

Genetik adalah antara punca mengapa kulit kita berminyak. Ada sebahagian dari kita memang dilahirkan dengan kulit berminyak. Jika didalam keluarga kita terdapat ahli keluarga yang mempunyai masalah kulit berminyak, berkemungkinan besar kita juga akan mengalami masalah yang sama.

Punca yang kedua adalah hormon. Ini yang biasa berlaku kepada saya. Masalah hormon yang berubah biasa berlaku pada wanita ketika sedang haid. Ketidakseimbangan hormon menyebabkan kulit wajah berminyak lebih dari biasa.

Menggunakan produk kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit juga boleh mengundang masalah kulit berminyak.

Liang pori besar, masalah berat badan dan faktor usia juga mendorong kepada masalah kulit wajah berminyak. Ditambah pula dengan keadaan iklim di Malaysia yang sentiasa panas, kulit mudah berminyak.
 

Aqua Whitening Cream Moisturizer Untuk Kulit berminyak| Skincare untuk kulit Berminyak

Saya menggunakan Aqua Whitening Cream sejak 2 tahun lalu dan sehingga kini masalah kulit berminyak yang saya alami dapat diatasi terutamanya ketika menstruasi.

hansaegee Nature Aqua whitening cream

Apa yang paling saya suka dengan moisturizer ini ialah, walaupun ianya skincare untuk kulit berminyak ia tidak membuatkan kulit saya kering hingga meninggalkan kesan pengelupasan pada kulit. Aqua Whitening ini menjadikan kulit saya lebih neutral kerana ianya menghalang keluarnya air dari kulit. Jadi kulit saya kekal lembab, rasa segar dan bebas dari jerawat.

Pemilihan moisturizer water based juga adalah salah satu cara makeup tahan lama kerana selepas saya memakai foundation dan bedak di atas kulit yang terhidrat, solekan saya sangat cantik dan licin kerana kulit kekal lembab.

Semua ni disebabkan kandungan berbagai bahan terbaik yang terdapat di dalamnya terutamanya Niacinamide. Ramai dah sedia tahu produk skincare yang mengandungi Niacinamide memang menjadi pilihan ramai kerana mempunyai berbagai manfaat seperti menganjalkan kulit, memudarkan jeragat dan yang paling penting ianya boleh meningkatkan kadar kelembapan pada kulit.

Terdapat juga Camellia Japonica Seed Oil yang sangat baik untuk melicinkan permukaan kulit. Patut lah sekarang ni kulit saya lebih licin terutamanya dibahagian dahi.

Allantoin juga ada di dalam cream ini yang bertindak memberi kelegaan pada keradangan dan merangsang pertumbuhan sel-sel baru.

Apa yang saya boleh katakan kandungan bahan didalam cream ini menjadikan ia nya sebagai Moisturizer yang bagus untuk kulit berminyak.

hansaegee Nature Aqua whitening cream

Moisturizer Water Based Aqua Whitening Cream membantu Masalah Kulit berminyak

Aqua Whitening cream adalah moisturizer water based cream. Kebiasaan nya ramai yang akan memilih water based cream atau pun Aqua. Aqua yang dimaksudkan ialah air yang sudah disuling, bebas dari racun dan bebas dari sebarang microbe.

Krim jenis ini adalah krim muka untuk kulit berminyak yang terbaik kerana ianya mudah menyerap ke dalam kulit disebabkan saiz partikelnya yang lebih kecil. Disebabkan ianya mudah menyerap, ia juga menyejuk kan dan mudah bertindak balas dengan kulit.

Air dalam cream mampu menutup kawasan kulit dengan lebih meluas dan minyak pada kulit akan memastikan kelembapan pada kulit kekal dan kulit lembab dan segar. That how moisturizer work on skin.

 

Manfaat Aqua Whitening Cream Untuk Kulit Berminyak

hansaegee Nature Aqua whitening cream

Penggunaan Aqua Whitening Cream yang konsisten dan berterusan bukan sahaja mengembalikan kulit wajah yang sihat dan segar. Banyak manfaat lain sepanjang pengalaman saya menggunakan Aqua Whitening Cream ini.

- Mengawal penghasilan sebum dan minyak yang berlebihan pada kulit (oil control function) agar menghalang liang pori terbuka dan tidak tersumbat yang menjadi punca munculnya jerawat

- Membaikpulih kerosakan dan kemerahan kulit akibat sunburn. Kulit yang sunburn akan berisiko mengalami jangkitan, penuaan kulit yang pramatang (photoaging), kanser kulit dan kerosakan mata.

- Melambatkan proses penuaan kulit. Proses penuaan berlaku secara berperingkat bermula daripada kulit. Gabungan Allantoin dan Niacinamide dalam cream ini mampu merangsang sel-sel baru yang rosak dan yang mengalami proses penuaan terutamanya untuk kulit wanita yang sudah berusia berusia 40-60 tahun.

- Mencerahkan kulit kusam dan tona kulit akan menjadi lebih sekata.

 

hansaegee Nature Aqua whitening cream

Aqua Whitening Cream Tidak berminyak | Sesuai untuk Semua Jenis Kulit

Tekstur cream ini yang lembut dan tidak berminyak memudahkan ianya di disapu pada kulit. Kandungan aqua nya juga membuatkan cream merata dengan mudah ketika disapu.

Apabila disapu pada kulit sesuatu yang menakjubkan akan berlaku. Muncul water drop diatas kulit. Semakin kerap korang meratakan cream pada kulit, titisan air akan muncul. Ianya memberikan kelembapan kulit yang mendalam dengan kehadiran 'water drop' tersebut
.


hansaegee Nature Aqua whitening cream


Aqua whitening cream juga tidak melekit dan sangat sesuai dengan suhu Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun. Mereka yang mengalami masalah kulit kering biasanya berusia 40 ke atas akan mengalami kesan mengelupas pada kulit dan garis-garis halus di mata dan mulut. Kulit berminyak pula biasanya dialami mereka yang berusia remaja dan dewasa yang menyebabkan jerawat. Manakala kulit kombonasi biasaya memberi kesan berminyak pada bahagian T namun mengalami kering dan mengelupas di dahi dan tepi hidung. Masalah-masalah kulit seperti ini boleh diatasi dengan penggunaan Aqua whitening cream

Tambahan pula krim malam ini tidak mengandungi Paraben, Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan alkohol. Jadi ianya selamat digunakan untuk berbagai skin condition.


Cara Pakai Moisturizer yang Betul | Moisturizer Pakai Waktu Bila?

Soalan yang selalu jadi tanda tanya ialah waktu bila nak pakai Moisturizer? Waktu terbaik untuk pakai Moisturizer adalah sebelum tidur. Selepas siap mencuci muka pakai serum dan toner. Kemudian barulah kita pakai moisturizer. Selain itu penggunaan waktu pagi juga adalah wajib. Gunakan Moisturizer sebelum memakai sunscreen.

Pakar kulit mencadangkan pakai moisturizer lebih 2 kali sehari untuk hasil yang terbaik. Moisturizer perlu dipakai pada waktu kulit berada dalam keadaan lembab iaitu selepas kulit dicuci

hansaegee Nature Aqua whitening cream


Ramai yang menggunakan moisturizer tapi tidak mendapat hasil seperti yang diharapkan. Memakai moisturizer tidak sekadar menyapunya ke wajah. Terdapat cara dan langkah yang perlu diikuti sebelum memakai moisturizer agar kita mendapat hasil yang baik dari moisturizer yang kita gunakan.

Tips sebelum pakai moisturizer

1. Cuci muka dengan pembersih wajah.

2. Keringkan wajah dengan tuala bersih

3. Sapu toner atau serum jika mahu. Namun jika korang baru nak menggunakan moisturizer, abaikan dulu penggunaan toner dan serum.
Cara Pakai Moisturizer

Aqua Whitening Cream adalah krim malam terbaik yang sangat mudah digunakan. Teksturnya yang lembut membuatkan ianya mudah merata. Disini saya kongsikan cara pakai moisturizer yang selalu saya amalkan.

hansaegee Nature Aqua whitening cream

hansaegee Nature Aqua whitening Gream

hansaegee Nature Aqua whitening Gream

hansaegee Nature Aqua whitening cream

hansaegee Nature Aqua whitening cream


Letak cream pada kedua-dua belah wajah. Ratakan dari sisi luar membawa ke bahagian tengah dengan gerakan menghala ke atas.

Dari bahagian dagu dan kemudian dengan gerakan melingkar menghala ke garis rahang, menghala ke bahagian dahi dan ke batang hidung

Kemudian sapu pula moisturizer pada bahagian leher dengan cara sapuan dari atas leher menghala ke bahagian bawah leher. Dah siap. Mudah saja kan??

Jika korang juga berminat dengan Aqua Whitening Cream ini korang boleh dapatkan skincare dari Hansaegee Nature ini melaui pautan di bawah.

hansaegee Nature Aqua whitening cream


Brand: Hansaegee Nature

Website: https://www.hansaegee.com/shop

 IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

 FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

 Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Catat Ulasan

0 Ulasan