ABANG KANTIN VIRAL BANTU PELAJAR TAHUN SATU BELI MAKANAN BUAT NETIZEN TERSENTUH

ABANG KANTIN VIRAL BANTU PELAJAR TAHUN SATU BELI MAKANAN BUAT NETIZEN TERHIBUR | Dengan bermulanya sesi baru persekolahan untuk tahun 2023 , ramai pelajar-pelajar tahun satu mula belajar membiasakan diri dengan suasana persekolahan.

abang kantin


Salah satu perkara yang perlu dilakukan pelajar-pelajar ini adalah membeli makanan di kantin sekolah.

Gelagat seorang lelaki yang juga pekerja sebuah kantin sekolah rendah di Kedah membuatkan ramai tersentuh hati apabila dia membantu pelajar-pelajar membeli makanan di kantin. 

abang kantin


Sikap ramah dan tolak ansur yang ditunjuk kan lelaki yang menggunakan nama abang kantin membuatkan ramai yang memuji dan kagum dengan kesabaran nya melayan setiap pelanggan cilik di sekolah tersebut.

Sedia maklum tugas menyelia kantin sekolah bukan lah mudah. Tambahan pula jika berurusan dengan pelajar-pelajar baru tahun satu yang masih ramai belum mengira wang.

@apex.20

Baru sempat post firstday sekolah

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline
 





BACA: CUCI MICROWAVE GUNA MOP LANTAI - 7 ELEVEN MOHON MAAF

Kesabaran yang tinggi sangat diperlukan agar anak-anak ini dapat makan dan sekaligus belajar berdikari menguruskan diri di sekolah.

Lebih mengharukan apabila ada yang ingin menyumbang wang untuk pelajar yang tidak membawa duit yang cukup ke sekolah kerana simpati dengan pelajar tersebut.

abang kantin


Semoga abang kantin dimurahkan rezeki dan diberkati asbab dari pekerjaan yang mulia dan menyantuni anak-anak kecil ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan