LAFAZ NIAT PUASA RAMADAN HARIAN DAN SEBULAN

LAFAZ NIAT PUASA RAMADAN HARIAN DAN SEBULAN | Bulan ramadan sudah tiba. Umat islam diseluruh dunia yang cukup syarat wajib menunaikan rukun islam ke tiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan. Erti puasa ialah menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari.

lafaz niat puasa


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Lafaz niat Puasa sebulan dan harian di Bulan Ramadan

Berikut adalah cara lafaz niat puasa ramadan untuk sebulan dan harian. Niat puasa boleh dibaca dalam bahasa melayu ataupun arab.

Lafaz niat puasa sebulan di bulan Ramadan


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri 
Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksud niat puasa: Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan ramadan tahun ini kerana Allah Ta'ala

Lafaz niat puasa harian dibulan Ramadan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksud Niat puasa: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan 
tahun ini kerana Allah Ta’ala

Perkara-perkara yang membatalkan puasa

1. makan dan minum

2. Memasuk kan sesuatu ke dalam rongga badan

3. Muntah

4. Bersetubuh

5. Keluar air mani

6. Haid dan nifas

7. Gila dan murtad

Catat Ulasan

0 Ulasan