SUNSCREEN ALOE VERA – SPF YANG BAGUS UNTUK WAJAH| KRIM SIANG TERBAIK DARI HANSAEGEE NATURE

SUNSCREEN ALOE VERA – SPF YANG BAGUS UNTUK WAJAH| KRIM SIANG TERBAIK DARI HANSAEGEE NATURE | Pernah tak rasa rendah diri sebab berkulit gelap? Mulai hari ni korang patut berbangga mempunyai kulit yang tidak putih atau kulit gelap. Berkulit gelap bukan lah satu kekurangan malah ianya mempunyai kelebihan. Orang yang mempunyai jenis kulit yang lebih gelap mempunyai lebih banyak melanin, yang bermaksud kulit gelap mempunyai perlindungan matahari yang lebih semula jadi berbanding orang yang mempunyai kulit yang lebih cerah. Bukan kah ianya sesuatu yang bagus?



Namun ini tidak bermakna korang tak akan mempunyai masalah kulit apabila terdedah pada matahari. Seperti saya yang berkulit gelap, saya tetap perlu memakai sunscreen bagi mengelak dari berlakunya kerosakan elastin dan kolagen pada kulit. Apa yang penting adalah pemilihan sunscreen yang bagus dan terbaik untuk kulit wajah. Pilihan saya dah tentu lah Sunscreen Aloe Vera dari Hansaegee Nature

Semakin gelap kulit kita semakin kuat ketahanan pelindung matahari yang kita guna disebabkan kandungan pigmen melanin yang tinggi. Tapi korang semua mesti tertanya-tanya seberapa kuat pelindung matahari yang kita guna mampu melindungi kulit kita daripada sinaran matahari.

Disinilah fungsinya SPF pada sunscreen yang kita guna. Misalkan kita menggunakan Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature yang mempunyai nilai SPF 50. Ini bermakna 98% sunscreen tersebut mampu melindungi kulit kita.Cara pengiraan tahap ketahanan sunscreen.

Cara pengiraan tahap ketahanan sunscreen

(50-1)/50 = 0.98 (98%)

98 % adalah nilai yang cukup baik menjadikan sunscreen ini antara yang terbaik untuk melindungi kulit. 


BACA: HANSAEGEE NATURE ALOE VERA SUNSCREEN SPF50 : KULIT KEKAL LEMBAP, TAK MELEKIT DAN BOLEH JADI MAKEUP BASE

Sunscreen Yang Bagus Untuk Kulit Wajah

Selain ketahanan sunscreen pada kulit menjadi keutamaan, ada beberapa lagi perkara penting yang menjadi keutamaan saya dalam memilih sunscreen. Saya memilih sunscreen Hansagae Nature disebabkan beberapa kelebihan dan kebaikan yang terdapat pada sunscreen ni.



- Sunscreen Aloe Vera (Kandungan Ekstrak Tumbuhan)

Mengutamakan kandungan bahan yang selamat dan berkualiti tinggi, saya yakin Hansaegee Nature Sunscreen Aloe Vera dihasikan dari bahan-bahan selamat seperti ektrak tumbuhan.

Aloe Vera sunscreen ni ada satu bau yang saya sangat suka. Bau nya nipis sahaja, bau halus dan lembut yang terhasil daripada ekstrak tumbuhan seperti Aloe Vera sendiri. Aloe Vera ni sebenarnya dah digunakan dalam penjagaan dan rawatan kulit sejak 5000 tahun lagi. Antara komponen aktif yang terkandung dalam tumbuhan ini adalah air, pelbagai vitamin (A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12) dan mineral (kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino.

Sebab tu orang tua-tua kita sampai sekarang masih guna Aloe Vera untuk kan kulit, merawat luka dan juga untuk menyejuk kan badan. Disebabkan itu juga Aloe Vera sangat bagus untuk rawatan wajah. Efek sejuk pada Aloe Vera membuatkan kulit berasa selesa, nyaman dan lembab. Ianya mengurangkan rengsa pada kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Kandungan Aloe Vera pada Sunscreen menjadikannya sebagai sunscreen untuk semua jenis kulit.

Yang keduanya ada ekstrak daun pegaga yang boleh merawat kulit dari radang. Kemudian ada akar pokok mulberry yang selalu digunakan dalam banyak produk kecantikan dari Korea dan jepun yang dikatakan mampu melambatkan penuaan.


- Mampu Melembabkan Kulit agar tetap sihat

Masalah kulit kering sering dialami oleh wanita yang berusia 40 tahun termasuk lah mereka yang kerap terdedah pada sinaran matahari. Selain faktor usia ada banyak sebab lain mengapa kulit kita mudah kering. Kurang tidur, kurang minum air putih, kurang vitamin C dan juga tidak memakai sunscreen.


Salah satu sebab mengapa saya masih mengamalkan pemakaian Sunscreen Hansaegee Nature ialah kerana ianya melembabkan kulit wajah agar tetap sihat. Berbeza dengan sunscreen lain yang hanya fokus menghalang sinar UV, Aloe Vera Sunscreen ni pulak lebih kepada melindungi dan merawat.

Berfungsi sebagai pelembab terbaik, sunscreen ini mengandungi bahan-bahan yang melembabkan kulit dengan cukup baik seperti Glycerin, Sodium Hyaluronate dan Aloe vera. Kulit jelas kelihatan lembab dan memberi efek memukau sebaik sahaja memakai sunscreen ini. Tone kulit berubah lebih segar dan menyerlah.

Dengan satu tiub saja korang dah boleh dapat kulit yang lembab dan licin yang menjadikan kulit lebih sihat. Bagi saya ini adalah krim siang terbaik yang mampu menyelesaikan masalah kulit kering. Korang kena tahu bahawa kulit yang lembab adalah kulit yang sihat.



- Sunscreen Yang Tidak berminyak dan tidak melekit


Bayangkan korang keluar rumah dengan rasa melekit di muka. Mesti rasa tak selesa dan terus hilang keyakinan diri. Saya pernah alami perkara sebegini hinggakan saya ambil keputusan untuk mencuci muka hanya selepas 10 minit mengenakan solekan.

Bila muka kita rasa melekit, kita akan fikir tentu banyak habuk melekat di muka kita. Mula la asyik nak sentuh2 muka, lap dengan tisu dan tak sampai 20 minit dah habis sunscreen di muka. Ruginya.

Sunscreen yang berminyak jugak akan membuatkan pori tersumbat. Nak bersihkan nya pun susah dan memerlukan teknik double cleansing.


Jadi sebaiknya korang pilih lah sunscreen Aloe Vera dari Hansaegee Nature yang langsung tak de kesan melekit kerana ianya sunscreen yang tidak berminyak. Tekstur nya jua ringan dan lembut. Hanya perlukan sapuan yang nipis sahaja.

Sunscreen yang tidak berminyak adalah sunscreen yang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, kering dan berjeragat. Bayangkan jika kita mempunyai kulit berminyak tapi memilih untuk menggunakan sunscreen yang berminyak. Sudah tentu kulit rasa tidak selesa dan masalah kulit akan muncul seperti jerawat. Jika mempunyai kulit berminyak inilah sunscreen untuk kulit berminyak yang patut korang gunakan.


- Tidak mengandungi bahan merbahaya


Tahu tak sekarang ni dah ada sunscreen dalam bentuk pil. Please korang !!jangan sesekali makan pil sunscreen ni. Dah ada kajian mengatakan pil sunscreen ni tak berkesan langsung malah ianya boleh merosak kan organ dalam badan. Macam mana malas sekali pun, pakai lah sunscreen. Bukan makan sunscreen ye.

Tak ada jalan pintas untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Pengambilan pil yang tidak sahih kandungan nya hanya memburuk kan lagi keadaan kulit kita.

Sunscreen Hansaegee Nature dan semua produk Hansaegee Nature yang lain dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang selamat dan melalui proses pengesahan. Sunscreen Aloe Vera sangat selamat digunakan kerana tidak mengandungi paraben, tiada alkohol, tiada sulfat, tiada silikon dan sebarang bahan kimia yang merbahaya. Tanpa mengandungi bahan-bahan merbahaya ini, sunscreen ini adalah sunscreen yang bagus dan selamat digunakan.




- Sunscreen Yang Tidak Meninggalkan White-Cast


Ramai orang tak suka pakai sunscreen sebab mereka percaya semua sunscreen akan meninggalkan kesan putih atau white cast pada kulit wajah mereka. Berbeza dengan Aloe Vera sunscreen, tiada white cast atau kesan putih menempel pada wajah.

Saya boleh apply sunscreen pada wajah tanpa ada cermin. Tak payah risau kalau sunscreen akan bercapuk sebab sunscreen akan merata dengan sempurna kerana ini sunscreen tidak meninggalkan white-cast. Wajah nampak lebih neutral dan berseri.

- Tekstur yang lembut dan mudah rata


Macam mana sunscreen ni boleh merata dengan sempurna??? Tekstur sunscreen ni yang sangat lembut dan ringan membuatkan ianya tak kan bercapuk bila kita pakai.

Dengan hanya 5 kali sapuan terus sunscreen ni rata dan langsung tak nampak kesan pemakaian atau lapisan sunscreen.




- Sunscreen Yang Boleh Dibasuh Dengan Air

Disebabkan sunscreen ini sunscreen yang tidak kalis air dan mempunyai tekstur yang ringan dan lembut, ianya sangat mudah dibersihkan. Haya cucian dengan air sahaja dah cukup untuk menanggalkan kesan sunscreen pada wajah.

Disebabkan itulah sunscreen ni menjadi salah satu kegemaran saya kerana ianya mesra wuduk. Tak perlu lagi membawa cleanser setiap kali nak mengambil wuduk. Saya sangat suka dengan sunscreen yang boleh dibasuh dengan air.



Saya boleh cuci bila-bila masa sahaja dan dimana sahaja. Dengan sedikit bilasan air pun dah boleh bersih.


- Mudah dibawa kemana-mana

Saya sangat suka dengan packaging sunscreen ni. Warna putih dengan penutup fungsi twist-lock yang membuatkan penutup sunscreen ni tak mudah terbuka. Jadi sunscreen ni sangat sesuai dibawa kemana-mana sahaja.



Walaupun banyak barang dalam bag, tapi sunscreen ni kekal selamat. Kalau kita terduduk atas bag atau bag kita terjatuh tak payah risau.

Saya punya sunscreen ni dah berapa kali anak-anak terduduk sebab sentiasa ada dalam bag.Tapi sampai sekarang masih selamat dan tak pernah tercabut penutupnya.


Warna tiub nya juga buat sunscreen ni mudah di lihat. Time nak cepat tak susah nak cari bila ada dalam bag.

Sunscreen yang bagus dan mempunyai banyak kelebihan memang akan menjadi pilihan ramai. Bukan hanya keberkesanan sunscreen tu sendiri tapi juga disebabkan mesra pengguna dengan harga yang mampu milik.

Saya harap artikel ini membantu korang untuk memilih sunscreen yang bagus untuk wajah.


Nak dapatkan lebih banyak produk skincare Hansaegee Nature, jenama dari Korea ni korang boleh check disini.

Brand: Hansaegee Nature

Website: https://www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Catat Ulasan

0 Ulasan